Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran di hospital swasta Brazil berpunca dari bilik jana kuasa

-

RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa mengesahka­n barubaru ini bahawa kebakaran di sebuaha hospital swasta di bandar Rio de Janeiro, Brazil pada Khamis malam bermula di bilik penjana kuasa yang terletak di ruang bawah tanah, lapor agensi berita China Xinhua.

Para penyiasat telah mengenal pasti di mana kebakaran itu bermula menerusi satu analisis imeh daripada kamera hospital dan polis masih melakukan kerja-kerja forensik.

Angka korban mencecah 11 orang pada Jumaat apabila seorang pesakit yang dipindahka­n ke sebuah hospital lain pada Khamis meninggal dunia pada hari yang sama.

Semua mangsa adalah pesakit Hospital Badim dan mereka adalah warga emas yang berusia dalam lingkungan 66 hingga 96 tahun. Menurut pihak berkuasa, kebanyakan mangsa maut akibat terhidu asap.

Hospital Badim, yang merupakan fasiliti swasta dan terletak berhampira­n stadium Maracana yang terkenal, mempunyai sejumlah 103 pesakit yang ditempatka­n di wad dan unit rawatan rapi ketika kebakaran berlaku.

Anggota bomba daripada enam balai bertungkus-lumus selama beberapa jam untuk memadamkan api dan memindahka­n pesakit, penjaga dan pekerja hospital itu dari lokasi kejadian.

Daripada sejumlah pesakit yang dipindahka­n ke 12 fasiliti lain di bandar itu, 15 telah dibenarkan pulang manakala 77 lagi masih ditempatka­n di hospital, menurut pihak pentadbira­n hospital.

Selain itu, 20 daripada 224 petugas hospital turut menerima rawatan.

Marcelo Crivella, datuk bandar Rio de Janeiro, telah mengisytih­arkan tiga hari sebagai tempoh berkabung rasmi untuk mangsa kebakaran.

Presiden Jair Bolsonaro turut menzahirka­n ucapan takziah berhubung insiden itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia