Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an cegah dadah platform terbaik mendidik pelajar bahaya dadah

-

SIK: Pertanding­an Bilik Sumber/Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah menerusi Program Pendidikan Pencegahan Jenayah (PPDa) anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), menjadi satu platform terbaik bagi mendidik para pelajar mengenai bahaya penyalahgu­naan dadah, sekali gus mengelakka­n diri daripada terjebak dengan gejala itu.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeneri dekat sini Mazlan Ali berkata menerusiny­a pelajar akan mendapat pendedahan lebih terperinci berhubung kesan negatif penyalahgu­naan dadah serta pelbagai jenis dadah berbahaya yang boleh merosakkan diri serta institusi kekeluarga­an melalui pertanding­an itu.

Beliau berkata ini kerana pihak sekolah termasuk guru dan pelajar perlu menghiasi bilik sumber PPDa itu dengan pelbagai maklumat berkaitan bahan terlarang itu serta hiasan cantik dalam usaha menarik perhatian sesiapa sahaja yang memasuki bilik itu.

“Saya harap ia dapat menyedarka­n pelajar dan masyarakat agar berusaha menjauhkan diri dari dadah kerana ia musuh utama yang akan menghancur­kan masa depan diri dan negara,” katanya ketika ditemui Bernama semalam.

Mazlan berkata SMK Jeneri terpilih mewakili Kedah pada pertanding­an itu bagi peringkat kebangsaan dengan menampilka­n konsep ‘sejahtera’ dan ‘sengsara’.

Katanya, konsep itu dipilih pihak sekolah untuk memberikan gambaran tentang keburukan yang dialami penagih dan kebahagian yang dikecapi jika seseorang bebas dari belenggu dadah.

“Kita nak bawa pelajar dan pengunjung menyelami bilik ini apabila masuk sahaja di ruang ‘sejahtera’ yang diwarnai cat biru, mereka akan rasa aman, makmur, senang, tenteram,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEDIAAN RAPI: Sebahagian pelajar sedang menyiapkan bahan pameran di Bilik Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri di Sik semalam sempena persiapan menyertai pertanding­an Program Pendidikan dan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat kebangsaan yang dijangka pada Oktober depan.
— Gambar Bernama PERSEDIAAN RAPI: Sebahagian pelajar sedang menyiapkan bahan pameran di Bilik Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri di Sik semalam sempena persiapan menyertai pertanding­an Program Pendidikan dan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat kebangsaan yang dijangka pada Oktober depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia