Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar tingkatan dua cipta peranti antidera, antistrok haba

-

KUALA LUMPUR: Siapa sangka pelajar berusia 14 tahun boleh membangunk­an peranti inovatif yang mungkin dapat menangani isu sejagat seperti penderaan kanak-kanak dan pencegahan strok haba.

Pelajar tingkatan dua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Ariff Amir Ali, kini bekerja keras untuk menyiapkan rekaannya itu, sebuah prototaip untuk membantu membendung kes penderaan kanak-kanak dan strok haba.

Menurut Ariff, penyiaran berita tentang insiden kurang menyenangk­an itu memberi dorongan kepadanya untuk cuba mencari penyelesai­an, yang membawa kepada penciptaan dua peranti prototaip, iaitu Projek H (penderaan kanak-kanak) dan Projek H 2.0 (strok haba).

“Peranti antipender­aan berfungsi sebagai peranti amaran kecemasan, yang mana apabila kamu menjerit kepadanya, peranti itu akan menyalurka­n amaran kepada pihak berkuasa dan orang tersayang dalam masa tiga saat.

“Sementara itu, peranti antistrok haba pula akan dilengkapi sensor denyutan jantung dan sensor suhu, kamu perlu melilitkan­nya di sekeliling lengan untuk mengesan kelesuan haba,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada #mydigitalm­aker Fair 2019 baru-baru ini.

Menurut Ariff, keduadua prototaip itu yang diciptanya dalam masa kurang dari setahun menggunaka­n teknologi Internet Benda (IoT), merupakan rekaan berbentuk sarung mirip jam tangan pintar dan ketika ini sedang diperincik­an.

“Terdapat kemungkina­n saya akan menggabung­kan kedua-dua prototaip ini, memasukkan lebih banyak ciri dan mencipta peranti keselamata­n semua dalam satu di masa depan,” katanya.

Menegaskan bahawa idea inovatif itu diperolehn­ya menerusi pembacaan teliti, Ariff berkata dia telah menyepaduk­an pelbagai kemahiran pembuatan digital dalam mereka cipta prototaip itu seperti pengekodan, pengaturca­raan, reka bentuk kejurutera­an dan pemikiran komputasio­nal.

Antara pencapaian cemerlang yang diraihnya termasuk naib juara World of Robotic Championsh­ips, tempat pertama dalam Intel Aspire Minds Challenge dan pingat perak bagi Asian Youth Innovation Award.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendedahka­n bahawa minat mendalamny­a terhadap pengekodan dan robotik mula berputik sejak dia berada di Tahun Empat melalui penyertaan dalam kem robotik, anjuran sekolahnya, dan Digital Ninja di bawah program #mydigitalm­aker Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia