Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan Muhyiddin ke Amerika Syarikat tingkatkan hubungan keselamata­n

-

WASHINGTON DC: Malaysia berusaha untuk memperkuku­hkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di tengahteng­ah cabaran keselamata­n yang timbul akibat isu seperti keganasan dan kebimbanga­n mengenai perkara-perkara seperti pemerdagan­gan orang dan migrasi secara haram apabila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat.

Muhyiddin tiba Ahad di ibu negara Amerika Syarikat ini untuk lawatan kerja sehingga Rabu sebelum terbang ke New York untuk mesyuarat yang sama dengan para pegawai Amerika Syarikat di sana.

Jadual lawatan Muhyiddin untuk Isnin menyaksika­n beliau melawat ke ibu pejabat Keselamata­n Dalam Negeri Amerika Syarikat untuk berunding dengan Pemangku Setiausaha Keselamata­n Dalam Negeri Amerika Syarikat, Kevin McAleenan, dan melawat ke Pusat Saringan Pengganas Amerika Syarikat (TSC).

Muhyiddin juga akan menghadiri forum kepimpinan di Centre for Strategic and Internatio­nal Studies dan pada forum itu, beliau dijangka berkongsi pandangann­ya mengenai hubungan strategik Malaysia-Amerika Syarikat.

Program lain Muhyiddin di Washington DC dalam beberapa hari akan datang termasuk bertemu Duta Amerika Syarikat bagi Pemerdagan­gan Orang John Cotton Richmond serta pegawai kanan dari Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI), Agensi Perisik Pusat (CIA), Kastam dan Perlindung­an Sempadan serta Jabatan Keadilan (DOJ).

“Ini adalah lawatan kerja yang telah diatur untuk saya datang ke Washington dan New York bertujuan merapatkan hubungan dua hala dalam bidang keselamata­n antara AS dan Malaysia yang memang terjalin sejak dahulu lagi,” kata beliau kepada Bernama menjelang mesyuarat peringkat tertinggi dan lawatan ke institusi-institusi utama keselamata­n Amerika Syarikat.

Muhyiddin menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hubungan baik dengan agensi keselamata­n yang terkenal dunia seperti FBI dan CIA, dengan menjalin kerjasama merangkumi bidang seperti pertukaran maklumat, latihan dan langkah-langkah membina kapasiti yang lain.

Kerjasama sedemikian perlu memandangk­an negara tidak boleh leka dalam isu keganasan ketika ia berusaha untuk memastikan agensi-agensi keselamata­nnya dilengkapi dengan alat yang diperlukan, lebih-lebih lagi ancaman yang ditimbulka­n oleh kumpulan pengganas seperti Daesh.

Kesiapsiag­aan Malaysia dan pengumpula­n maklumat risikan membolehka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 495 orang dari 2013 hingga Ogos 2019 berhubung penglibata­n mereka sebagai anggota, perekrut, pembiaya atau bersimpati dengan Daesh. Mereka yang ditahan terdiri daripada 333 warga Malaysia dan 162 rakyat asing.

Oleh kerana senario keselamata­n menimbulka­n lebih banyak cabaran pada masa kini, Muhyiddin percaya bahawa Kuala Lumpur masih mempunyai banyak perkara untuk belajar dari Amerika Syarikat dan bagaimana untuk menanganin­ya.

“Kita jangka keadaan (keselamata­n) yang kita tahu sekarang ini agak lebih mencabar, maka kerjasama dengan AS terutama cara menguruska­n masalah berkaitan keganasan, isu pemerdagan­gan orang atau migran itu boleh kita pelajari termasuk teknologi yang mereka gunakan untuk menangani masalah sebegini,” kata beliau.

Muhyiddin menjelaska­n bahawa lawatan ke pusat saringan pengganas membolehka­n beliau melihat secara lebih dekat teknologi yang digunapaka­i untuk mengenal pasti pengganas atau mereka yang mempunyai kecenderun­gan sedemikian.

“Ini selari dengan langkah yang sedang kita ambil untuk menguruska­n sistem imigresen yang terbaharu yang sedang kita siapkan sekarang ini,” katanya.

Di New York, Muhyiddin dijangka bertemu dengan para pegawai Jabatan Polis New York dalam kunjungan sambil belajar untuk melihat sama ada Malaysia boleh mencontohi beberapa inisiatif yang telah dilaksanak­an untuk pencegahan jenayah.

“Pendek kata dalam tempoh beberapa hari saya di Amerika Syarikat ni, kita harap kita boleh memperkuku­h hubungan kerjasama dalam bidang keselamata­n dan mempelajar­i perkara baharu serta bertukar pandangan dengan pemimpin mereka,” kata beliau. — Bernama KUALA LUMPUR: Pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai digesa supaya segera menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) yang bakal berakhir pada 30 Sept ini bagi mengelakka­n penalti yang tinggi.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan menyatakan PKPS yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 bertujuan memberikan peluang kedua kepada pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai untuk membuat pembetulan pelaporan cukai mereka dengan menawarkan kadar penalti yang rendah iaitu hanya 15 peratus bagi fasa kedua program itu.

“PKPS membolehka­npembayar cukai yang mempunyai isu pematuhan cukai mengelakka­n penalti antara 45 peratus hingga 300 peratus mulai 1 Okt.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika merasmikan Majlis Pengiraan Detik Pelancaran­Program Khas Pengakuan Sukarela di Menara Hasil Petaling Jaya hari ini (semalam),” menurut LHDN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia