Utusan Borneo (Sabah)

Sepanggar, Semporna sama handal Telupid menang tipis 1-0 ke atas Kudat menerusi jaringan sepakan penalti pada saat terakhir perlawanan

-

KOTA KINABALU: KDM Sepanggar dan KDM Semporna terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama pertanding­an Liga Bola Sepak KDM Malaysia di Stadium Likas, malam kelmarin.

Aksi separuh masa pertama menyaksika­n KDM Semporna lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa peluang baik untuk berada di depan.

Penyerang Semporna Mohd Fauzi Abdul Kadir memiliki dua peluang baik namun cubaannya pada minit ke-10 dan ke-12 masing-masing tersasar serta diselamatk­an penjaga gol Sepanggar.

Semporna dilihat terus garang mengatur serangan dan hampir memperoleh­i gol pertama menerusi Shahrizam Sahar ada minit ke-22 tetapi dinafikan penjaga gol Sepanggar, Mohd Salawi Ahmad Jasad.

Sepanggar yang hanya sekali-sekala melakukan serangan hampir berada di depan menerusi percubaan Yuhendry Rusdi pada minit ke-30 yang berjaya menewaskan penjaga gol tetapi sempat ditampan pertahanan lawan.

Gol yang dicari-cari Semporna akhirnya hadir pada minit ke-38 selepas Sharizam mudah melakukan penyudah hasil hantaran baik Mohd Fauzi bagi menjadikan kedudukan 1-0 dan ia kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sepanggar memulakan permainan dengan garang dan hanya memerlukan empat minit untuk menyamakan kedudukan apabila Saddam Yusup mudah menyepak masuk bola selepas penjaga gol lawan gagal menampan bola dengan kemas bagi menjadikan kedudukan 1-1.

Tersentak dengan jaringan itu, Semporna berusaha bangkit dan hampir memperoleh­inya pada minit ke-59 namun sepakan percuma cantik Mohd Arfiyansah Abdul Jafar sekadar menggegark­an palang.

Permainan selepas itu kemudian agak seimbang dan kedudukan 1-1 kekal sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat.

Terdahulu, dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama di Kudat, Telupid menang tipis 1-0 ke atas Kudat hasil jaringan sepakan penalti di saat terakhir perlawanan.

 ?? — Gambar ihsan Raymond Gusi ?? SENGIT: Antara aksi separuh akhir pertama Sepanggar menentang Semporna (jersi biru) di Stadium Likas, malam kelmarin. Perlawanan itu berkesudah­an seri 1-1.
— Gambar ihsan Raymond Gusi SENGIT: Antara aksi separuh akhir pertama Sepanggar menentang Semporna (jersi biru) di Stadium Likas, malam kelmarin. Perlawanan itu berkesudah­an seri 1-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia