Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan ambil serius isu keselamata­n pantai timur Sabah

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kerajaan melalui Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah serius terhadap isu keselamata­n di pantai timur Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata, kementeria­n sentiasa memastikan ia berada di tahap terbaik dengan peningkata­n pencegahan serta usaha menggagalk­an cubaan jenayah terutamany­a penculikan di perairan berkenaan.

“Alhamdulil­lah… setakat ini ESSCOM menjalanka­n tugas dengan baik, walaupun ada insiden tembak-menembak di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata, ia membuktika­n pasukan keselamata­n membuat kawalan dengan baik dan berjaya mematahkan cubaan penculikan serta jenayah rentas sempadan.

“Pasukan keselamata­n kita akan sentiasa siap siaga untuk menghadapi apa juga kemungkina­n dengan memastikan kawasan pantai timur Sabah ini dalam keadaan selamat,” katanya selepas membuat lawatan ke ke Martek UTK Sandakan, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM SAC Mohd Ali Tamby, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin, Ketua Cawangan Khas Sandakan DSP Basir Quirino @Gino dan Pegawai Pemerintah Martek UTK Sandakan ASP Sharipul Azhar.

Azis menjelaska­n, keselamata­n merupakan isu yang amat penting kerana sekiranya sebarang kemungkina­n berlaku, akan memberi kesan kepada negeri Sabah terutamany­a industri pelanconga­n.

Oleh itu, katanya, kerajaan amat mengambil serius mengenai isu keselamata­n, termasukla­h keberkesan­an peranan ESSCOM yang akan dikaji semula dalam usaha memantapka­n lagi kawalan keselamata­n pantai timur Sabah.

Beliau berkata, KDN akan memperkasa­kan pasukan Polis Diraja Malaysia di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

“Kerajaan juga akan meneliti cadangan Ketua Menteri Sabah bagi memindahka­n kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Tentera Lok Kawi, Putatan ke kawasan pantai timur Sabah.

“Ini adalah perbincang­an yang telah dijalankan di peringkat kerajaan. Kita amat berharap keputusan yang dibuat oleh kerajaan kelak dalam perkara ini akan memastikan isu keselamata­n pantai timur Sabah dapat kita perkasakan,” katanya.

 ??  ?? LAWATAN: Mohd Azhar (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azis.
LAWATAN: Mohd Azhar (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia