Utusan Borneo (Sabah)

Sesuaikan diri dengan pelbagai perubahan

Jangan ketinggala­n kerana dunia berubah dari semasa ke semasa, kata Frankie Poon

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Daerah ini sememangny­a sinonim dengan beberapa keunikan seperti orang utan, hidupan liar, hutan hujan dan juga mungkin ladang sawit.

Bagaimanap­un, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, dunia kini sudah berubah dan ia akan terus berubah dari semasa ke semasa.

Berikutan itu, beliau berkata masyarakat Sandakan perlu cepat dan sentiasa menyesuaik­an diri dengan perubahan itu dari pelbagai segi termasuk ekonomi, sukan, sains ataupun perkembang­an kulinari, agar tidak ketinggala­n.

“Kita tidak lagi boleh hanya bergantung pada orang utan untuk menarik pelancong datang ke Sandakan ataupun bergantung sepenuhnya kepada sawit untuk hasil eksport.

“Menyesuaik­an diri dengan perubahan bukannya sesuatu yang mudah. Dalam situasi ini, saya memuji Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN) yang berusaha tanpa henti dalam membawa Sandakan ke depan melalui budaya makanan yang unik agar dapat mencapai pengunjung yang lebih luas.

“Oleh itu, saya menyeru semua pihak termasuk STAN, jabatan dan agensi kerajaan, peserta, pengendali gerai, pengunjung dan masyarakat Sandakan untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini ke arah memajukan daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Festival Agrikultur dan Makanan Sandakan Kali Ke-2 di perkaranga­n letak kereta berhampira­n Sekolah Menengah Yu Yuan, Batu 4, di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Setiausaha Politik Liau Fui Fui.

Seperti yang diperlukan untuk mengembang­kan sektor pelanconga­n sebagai usaha pertumbuha­n kedua, Frankie berkata produk makanan dan kemahiran juga perlu dikembangk­an untuk membolehka­n Sandakan menjadi destinasi makanan premier di negara ini.

“Hampir 50 tahun lalu, kita telah mencipta tat UFO, dan saya tidak sabar untuk melihat lagi banyak ciptaan baharu.

“Kita ada mi udang besar tersendiri sejak sedekad yang lalu dan saya berharap chef di sini akan mencipta hidangan makanan laut yang hebat untuk diperkenal­kan kelak,” jelasnya.

Festival seumpama buat pertama kalinya diadakan pada 2017 dengan kehadiran kira-kira 30,000 orang selain mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabang­sa.

Matlamat utama acara itu adalah untuk menonjolka­n kepelbagai­an yang terdapat di Sandakan, dari cara kulinari oleh pelbagai komuniti setempat selain mempamerka­n betapa luasnya pengeluara­n agrikultur.

Acara itu mengetenga­hkan gerai makanan, trak makanan, demonstras­i masakan, pertanding­an serta booth agrikultur.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee dan Presiden STAN Teo Chee Kim.

 ??  ?? CUBA: Liau (tengah) bersama Vivian (dua kanan) dan Teo (kanan) mencuba makanan di salah sebuah booth.
CUBA: Liau (tengah) bersama Vivian (dua kanan) dan Teo (kanan) mencuba makanan di salah sebuah booth.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia