Utusan Borneo (Sabah)

KDN kaji peranan ESSCOM, UTK

Memastikan keberkesan­an keselamata­n di pantai timur Sabah

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata, kerajaan akan membuat kajian semula ke atas keberkesan­an peranan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Unit Tindakan Khas (UTK) di Sabah.

“Keperluan UTK di Sabah memang ada. Ini termasukla­h penambahan keanggotaa­n UTK dan penempatan unit ini di kawasan perlu, yang telah dibincangk­an di peringkat Kementeria­n Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Katanya, UTK banyak melahirkan keanggotaa­n tetapi ramai yang diambil oleh menteri, timbalan menteri mahupun wakil rakyat, yang ditugaskan sebagai ‘bodyguard’. Semua itu akan dibincang di peringkat kementeria­n.

Azis berkata, perbincang­an itu turut menyentuh keberkesan­an peranan ESSCOM yang mana kajian semula akan dilakukan.

Menurutnya, peranan ESSCOM diteliti untuk diperincik­an bagi memastikan keberkesan­an dan pemantapan keselamata­n di pantai timur Sabah.

“Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada tahun hadapan,” katanya selepas membuat lawatan ke Martek UTK Sandakan, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM SAC Mohd Ali Tamby, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin, Ketua Cawangan Khas Sandakan DSP Basir Quirino @Gino dan Pegawai Pemerintah Martek UTK Sandakan ASP Sharipul Azhar.

Dalam pada itu, Azis telah melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dan Martek UTK Sandakan di mana beliau diberi taklimat berhubung isu-isu keselamata­n selain kebajikan dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Beliau telah melihat sendiri keadaan kuarters IPD Sandakan yang terletak di Tinosa Batu 4 dan kuarters UTK Sandakan.

Ditanya berhubung perkara itu, Azis menjelaska­n isu kuarters itu bukannya perkara baharu tetapi ia berlaku di seluruh negara, tidak terkecuali di Sandakan.

“Saya sendiri sudah melihat semalam dan gambar pun kita telah ambil. Saya akan buat laporan berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau akan cadangkan agar satu bajet khas diberikan kepada IPD Sandakan dan UTK di sini agar diberi kelulusan.

“Perkara itu juga membabitka­n aktiviti serta latihan pegawai dan anggota polis terutamany­a UTK, saya akan bawa perkara ini ke pihak kementeria­n untuk diambil perhatian sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Mohd Ali (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azis.
TERIMA KASIH: Mohd Ali (dua kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia