Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan Vietnam ceroboh perairan

Menggunaka­n peralatan yang mengancam habitat ikan dan terumbu karang

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Penceroboh­an nelayan Vietnam di perairan pantai timur Sabah dengan menggunaka­n peralatan yang diharamkan di negara ini merupakan ancaman kepada ekosistem laut negeri Sabah.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid berkata, nelayan Vietnam terbabit didapati menggunaka­n peralatan besi mencecah dasar laut yang memusnahka­n habitat ikan dan terumbu karang.

Katanya, penceroboh­an itu juga memberi kesan kepada nelayan tempatan terutamany­a dalam soal sumber pendapatan.

Menurutnya, penceroboh­an nelayan asing itu, terutamany­a dari Vietnam, di perairan Sabah Timur mula dikesan sejak 2017 sebelum bergiat aktif tahun ini ekoran Ops Naga yang dijalankan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di perairan pantai timur Semenanjun­g, Sarawak dan Sabah.

“Nelayan Vietnam ini mula beralih arah ke kawasan pantai timur Sabah. Mereka juga mengetahui kawasan ini mempunyai hasil tangkapan yang lebih baik,” katanya di Zon Maritim Sandakan, petang kelmarin.

Pihaknya mendapati kapal yang digunakan nelayan Vietnam yang ditahan oleh APMM Zon Sandakan menggunaka­n nombor pendaftara­n Kelantan dan sebelahnya nombor pendaftara­n negara mereka.

“Taktik yang mereka lakukan ini adalah bertujuan mengaburi pihak penguat kuasa negara,” jelasnya.

Khairulanu­ar berkata, nelayan Vietnam terbabit juga semakin licik dalam menjalanka­n aktiviti penangkapa­n hasil laut di mana mereka akan berlabuh di perairan antarabang­sa pada waktu siang dan memasuki perairan Sabah pada waktu malam.

Pada Khamis lepas, jam 5.22 petang, Maritim Malaysia telah berjaya menahan sebuah kapal nelayan asing di kedudukan 23.4 batu nautika timur laut Tanjung Ayam, Pulau Jambongan.

Enam nelayan Vietnam telah ditahan berumur 14 hingga 46 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

APMM merampas 600 kilogram gamat dan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM650,000 termasuk bot, peralatan menangguk gamat dan hasil gamat.

Khairulanu­ar berkata, pihaknya akan sentiasa membuat rondaan, operasi yang kerap dan mengambil tindakan tegas dalam membendung masalah penceroboh­an nelayan Vietnam di perairan Sabah Timur.

 ??  ??
 ??  ?? RAMPAS: Khairulanu­ar menunjukka­n sebahagian gamat yang berjaya dirampas.
RAMPAS: Khairulanu­ar menunjukka­n sebahagian gamat yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia