Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN SEKONGKOL SOAL KESELAMATA­N

Segera laporkan jika ada perkara mencurigak­an

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman menggesa agar masyarakat tidak bersekongk­ol dalam soal keselamata­n negara.

Beliau berkata, ia termasuk melindungi sebarang anasir yang tidak baik ataupun bertindak mengabai dan tidak melaporkan perkara itu.

“Segera laporkan kepada pihak berkuasa dan pasukan keselamata­n sekiranya berlaku perkara yang mencurigak­an. Jangan pula kita bersengkok­ol atau menyembuny­ikan aktiviti mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia 2019 anjuran Wira Warisan Sabah di Padang Bandaran Sandakan, kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Arunarnsin Taib, ADUN Elopura Calvin Chong Ket Kiun, Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain, Timbalan Ketua Wira Negeri Sabah Ismail Ayub serta Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Wira Beluran Aslan Ag Damit.

Dalam perkembang­an lain, Azis yang juga Ketua Wira Warisan Sabah berkata kerajaan Warisan akan terus berbincang dengan kerajaan Persekutua­n berhubung Perjanjian Malaysia 1963, selain isu pembanguna­n di Sabah demi kebaikan rakyat.

Katanya, di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan barisan Kabinetnya, kerajaan akan berusaha mentadbir negeri ini dengan sebaik yang mungkin.

Sementara itu, beliau juga berharap masyarakat akan terus prihatin terhadap aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam kalangan anak muda yang ketika ini agak membimbang­kan.

Beliau menegaskan, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membantera­s kegiatan itu dan seterusnya mendidik anak muda ke arah yang lebih baik lagi.

Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia 2019 itu telah diadakan selama empat hari bermula 13 hingga 16 September dengan pengisian pelbagai aktiviti termasuk pembukaan 40 gerai melibatkan penjaja kecil dan persembaha­n artis selain pertunjuka­n bunga api pada malam ambang.

 ??  ?? TERIMA: Azis menerima cenderahat­i selepas merasmikan Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia 2019, kelmarin.
TERIMA: Azis menerima cenderahat­i selepas merasmikan Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia 2019, kelmarin.
 ??  ?? MERIAH: Sebahagian pengunjung yang memeriahka­n Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia 2019.
MERIAH: Sebahagian pengunjung yang memeriahka­n Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia