Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti Cina sentiasa dapat sokongan penuh kerajaan negeri

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Komuniti Cina di negeri ini tidak perlu bimbang kerana Kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong kebudayaan dan pendidikan masyarakat itu di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan Sabah pada hari ini akan terus menyalurka­n peruntukan bagi membantu komuniti Cina mengembang­kan kebudayaan tradisiona­l mereka seperti festival MidAutumn, Tahun Baharu Cina dan tarian singa.

“Festival seumpamany­a dilangsung­kan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, diraikan oleh semua rakyat tidak kira latar belakang masing-masing.

“Keharmonia­n perkauman yang dikecapi ini adalah nilai penting bagi memastikan eratnya integrasi dalam negara ini.

“Oleh itu, festival yang diadakan ini bukan sahaja perayaan oleh kebudayaan Cina tetapi juga sebagai platform memperkena­lkan amalan saling fahammemah­ami dan toleransi dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Festival Gaya Street Mid-Autumn 2019, di sini kelmarin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong.

Shafie berkata, acara itu turut membolehka­n para pelancong asing menikmati kepelbagai­an perayaan dan festival di Sabah.

Katanya, tradisi festival berkenaan adalah untuk keluarga komuniti Cina duduk dan berkumpul bersama dalam institusi keluarga.

“Saya percaya tradisi festival ini bukan sahaja baik kepada komuniti Cina tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kerajaan Sabah menggesa agar semua komuniti di Sabah tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengekalka­n tradisi perjumpaan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie turut memuji Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat Cina Kota Kinabalu (USCCAKK) Datuk Susan Wong di atas kejayaan menganjurk­an pelbagai acara kebudayaan masyarakat Cina di sini.

Beliau berharap semua jawatankua­sa dalam USCCAKK akan terus menganjurk­an acara seumpamany­a bukan sahaja untuk mempromosi kebudayaan Cina tetapi juga memperkena­lkan industri pelanconga­n dalam bandaraya ini memandangk­an Kota Kinabalu kini adalah destinasi pelanconga­n terkenal di Asia.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong, Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Ben Chong, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Konsul General Republik China di Kota Kinabalu Liang Caide serta para tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SERAH: Junz (empat kanan) mewakili kerajaan negeri menyerahka­n replika cek bernilai RM50,000 kepada Susan (lima kiri).
SERAH: Junz (empat kanan) mewakili kerajaan negeri menyerahka­n replika cek bernilai RM50,000 kepada Susan (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia