Utusan Borneo (Sabah)

Xhaka tuduh rakan sepasukann­ya berasa gentar di Watford

-

Selepas mensia-siakan pendahulua­n dua gol sebelum diikat 2-2 oleh Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas

LONDON, England: Kapten Arsenal, Granit Xhaka, menuduh rakan sepasukann­ya berasa gentar selepas mensia-siakan pendahulua­n dua gol sebelum diikat 2-2 di Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Kemenangan boleh melonjak Arsenal ke tangga ketiga apabila mendahului 2-0 pada masa rehat menerusi dua gol Pierre-Emerick Aubameyang pada perlawanan di Vicarage Road.

Tetapi Arsenal hilang rentak dalam separuh masa kedua apabila menghadiah­kan satu gol oleh Tom Cleverley sebelum kekasaran pemain pertahanan Arsenal, David Luiz ke atas Roberto Pereyra membolehka­n Pereyra menyempurn­akan penalti untuk mengikat kedudukan.

Watford kemudian mensia-siakan peluang untuk menjaringk­an gol kemenangan di lewat permainan.

Arsenal sudah bolos sembilan gol dalam empat perlawanan terakhir liga selepas memulakan musim dengan kemenangan 1-0 di Newcastle United. Mereka juga membenarka­n 96 cubaan ke pintu gol mereka musim ini, lebih banyak dari manamana pasukan dalam liga utama di Eropah.

Watford sahaja mempunyai 31 cubaan, paling banyak dihadapi Arsenal sejak statistik Liga Perdana diperkenal­kan pada 2003/2004.

Xhaka bersikap jujur keti

“Pada masa rehat, kami pergi ke bilik persalinan dan berkata semuanya bagus. Semua orang gembira tetapi kami kembali semula ke padang dan bermain dengan buruk. Anda harus berkata kami berasa gembira untuk membawa pulang ” satu mata. Granit Xhaka Kapten Arsenal

ka memberi pandangann­ya.

“Apa yang salah? Ia soalan yang baik,” kata beliau kepada penyiaran BBC. “Pada masa rehat, kami pergi ke bilik persalinan dan berkata semuanya bagus. Semua orang gembira tetapi kami kembali semula ke padang dan bermain dengan buruk. Anda harus berkata kami berasa gembira untuk membawa pulang satu mata.

“Kami kelihatan takut dalam separuh masa kedua. Kami tahu mereka akan menyerang dan berusaha mencari gol semangat tetapi dalam masa yang sama kami harus menunjukka­n karektor lebih kuat lagi dan tidak berasa gentar. Kami ada menyuaraka­n isu ini. Kami tidak mampu memberikan prestasi seperti ini lagi di masa hadapan.

“Kami tahu mereka tidak mempunyai pilihan untuk menyerang tetapi kami tidak menunjukka­n permainan sebenar kami, kami terlalu takut, tiada siapa mahukan bola,” tambah beliau. “Anda harus kekal tenang, kuat dari segi mental dan ia tidak berlaku kepada kami hari ini (Ahad).”

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Pereyra (kanan) menjaringk­an gol penyamaan menerusi tendangan penalti pada perlawanan liga di antara Watford dan Arsenal di Vicarage Road, Watford kelmarin.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Pereyra (kanan) menjaringk­an gol penyamaan menerusi tendangan penalti pada perlawanan liga di antara Watford dan Arsenal di Vicarage Road, Watford kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia