Utusan Borneo (Sabah)

Akan ‘berlari satu batu’ jika ditawar bimbing United

Komen Neville itu hadir ketika beliau melakukan sesi soal jawab menerusi laman sosial Twitter

-

LONDON, England: Bekas bintang Manchester United, Gary Neville, menegaskan beliau akan ‘berlari satu batu’ jika ditawarkan jawatan sebagai pengurus Manchester United.

Komen bekas pemain pertahanan United itu hadir ketika beliau melakukan sesi soal jawab menerusi laman sosial Twitter.

Ditanya jika beliau akan mengisi jawatan di Old Trafford, beliau menjawab: “Panggilan (tawaran) itu tidak akan datang, dan jika ia datang, saya akan berlari sejauh satu batu.”

Neville menghabisk­an kurang dari empat bulan membimbing kelab La Liga Sepanyol, Valencia pada musim 2015/2016 dan menang hanya tiga dari 16 perlawanan liga sepanjang tempoh memegang tugas.

Ditanya tentang kemungkina­n kembali dalam pengurusan bola sepak di masa hadapan, beliau berkata: “Tidak, dan ditanya apa perkara paling pelik yang pernah beliau yang pernah beliau tandatanga­ni, beliau berkata: ‘Kontrak Valencia’.”

Antara beberapa jawapan – sesetengah­nya lebih serius – Neville juga bersetuju bahawa penyerang Liverpool, Roberto Firmino, adalah penyerang berkelas dunia.

Beliau juga menyuaraka­n pandangan di mana masalah di benteng pertahanan Manchester City boleh menjejaska­n harapan merek a mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Apabila ditanya apa prestasi paling buruk dalam kariernya, beliau berkata: “(Menentang) Leeds dalam pertanding­an Piala. Memalukan”, merujuk kekalahan United kepada musuh ketat mereka pada 2010.

United mengharung­i musim turun naik setakat musim ini, walaupun mereka naik ke tangga keempat hujung minggu lepas.

Mereka berjaya menewaskan Leicester City di Old Trafford menerusi gol penalti Marcus Rashford untuk kemenangan 1-0.

Neville bercakap tentang kenapa pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer perlu diberikan lebih banyak masa sebagai pengurus.

“Berikan beliau tiga atau empat tempoh pasaran perpindaha­n untuk ‘membersih sampah’ dalam bilik persalinan, kerana ada banyak sampah di siut. Anda harus menyingkir­kan yang tidak berguna dan ia bukan kesalahan beliau.

“Beliau harus mewujudkan pasukan yang menang tetapi ia mengambil masa. Liverpool mengharung­i 30 tahun tanpa memenangi kejuaraan liga, jadi ia bukan sesuatu mencemaska­n. Ia akan mengambil masa.” — Reuters

“Panggilan (tawaran) itu tidak akan datang, dan jika ia datang, saya akan ” berlari sejauh satu batu. Gary Neville Bekas bintang Manchester United

 ??  ?? NEVILLE
NEVILLE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia