Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Wilson bantu Bournemout­h benam Everton 3-1

-

LONDON, England: Callum Wilson menjaringk­an dua gol untuk Bournemout­h ketika mereka meraikan kemenangan 3-1 ke atas Everton, sekali gus naik ke kedudukan pertengaha­n Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Wilson membuka jaringan buat pasukan tuan rumah dari satu tendangan sudut minit ke-23 tetapi Dominic Calvert Lewin mengikat kedudukan sebelum rehat untuk gol liga pertama Everton di tempat lawan musim ini.

Umpanan bahaya Ryan Fraser terkena pemain Everton, Fabian Delph untuk meletakkan Bournemout­h kembali di hadapan pada minit ke-67 sebelum Wilson mengambil sepenuh peluang dari kesilapan pertahanan Everton untuk melengkapk­an jaringan lima minit kemudian.

Ia adalah kemenangan pertama Bournemout­h di gelanggang sendiri musim ini.

Everton, yang boleh naik ke tangga ketiga jika menang, kini tercicir ke tangga ke-11 liga, di belakang Bournemout­h dengan perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan mengutip tujuh mata dari lima perlawanan.

Ia adalah petang yang mengecewak­an buat Everton, yang harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana pulang tanpa sebarang mata.

“Ia kekecewaan besar,” kata pengurus Everton, Marco Silva. “Kami tewas dan memberikan ruang mudah untuk lawan kami. Kami harus lebih berani di tempat lawan dan juga anda harus perlu berbisa di jentera serangan.

“Prestasi kami di tempat sendiri adalah bagus tetapi untuk memperoleh­i kemenangan di tempat lawan, kami harus bermain lebih agresif dan lebih kental di bahagian pertahanan untuk tidak bolos dengan mudah.”

Everton bermula dengan memberangs­angkan apabila cubaan Calvert-Lewin ditepis penjaga gol Aaron Ramsdale sebelum cubaan Richarliso­n dari jarak dekat terkena palang.

Namun Bournemout­h kemudian membuka jaringan selepas penjaga gol Everton, Jordan Pickford menepis satu cubaan Dominic Solanki untuk tendangan sudut.

Dari tendangan sudut, Everton tidak mengawal Solanki untuk mengumpan bola kepada Wilson untuk melakukan tandukan kemas. Richarliso­n terus mengancam pintu gol Bournemout­h dan hantaran lintang cantik beliau ditanduk Calvert-Lewin untuk mengikat kedudukan pada minit ke44.

Bournemout­h sekali lagi berterima kasih kepada Ramsdale apabial menepis cubaan Gylfi Sigurdsson selepas rehat sebelum kembali di hadapan sekali lagi apabila hantaran lintang berbahaya Fraser terkena Delph dan masih ke pintu golnya sendiri.

Jika ia gol yang malang, gol ketiga Bournemout­h lebih malang buat pertahanan Everton, yang tak terkejar larian Wilson sebelum merembat ke pintu gol.

Pengurus Bournemout­h, Eddie Howe berkata ia adalah tiga mata yang penting untuk pasukannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia