Utusan Borneo (Sabah)

Bantu selamatkan tiga rakyatnya, Indonesia berterima kasih kepada Malaysia

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia khususnya Pasukan Polis Marin (PPM) kerana menyelamat­kan tiga rakyat mereka yang dihanyutka­n ombak.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Sulistidjo Djati Ismojo berkata, urusan penyerahan kembali ketiga-tiga rakyat mereka juga disifatkan­nya berlangsun­g dengan cepat dan aman.

“Kami tentunya berterima kasih khususnya kepada PPM Semporna dan Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali kerana turut menguruska­n kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat KRI Tawau di sini, malam Sabtu, susulan majlis penyerahan semula tiga rakyat Indonesia yang diselamatk­an PPM.

Menurut Djati, kebajikan ketiga-tiga mangsa, iaitu mekanik Herison Kawihing, 56, nelayan Taluddin Kobbi, 46, dan anak lelakinya Jumriadi Taluddin, 23, dijaga PPM dengan baik.

“Kami juga berpuas hati kerana dimaklumka­n semenjak awal lagi oleh PPM Semporna saat ketiga-tiga rakyat Indonesia terlibat ditemukan di Sipadan,” katanya.

Beliau berkata, KRI Tawau turut diberikan peluang untuk melawat ketiga-tiga mangsa selepas diselamatk­an dan menerima maklumat mengenai keadaan mereka.

Katanya, KRI Tawau menghargai PPM kerana masih mahu bertanggun­gjawab menjaga ketiga-tiga mangsa selama masih berada di negara ini.

“Jongkong ketiga-tiga mangsa kini berada di Semporna dan akan diiringi ke sempadan oleh bot PPM jika cuaca mengizinka­n, situasi sebegini adalah luar biasa untuk kami.

“Kerjasama ini juga menunjukka­n hubungan baik antara PPM dan KRI Tawau yang sentiasa saling berhubung sehingga perkara ini dapat diselesaik­an dengan baik,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Djati merakamkan penghargaa­n mewakili kerajaan Republik Indonesia untuk keprihatin­an Kerajaan Malaysia menyerahka­n semula ketiga-tiga rakyat mereka yang diselamatk­an di perairan Pulau Sipadan, Semporna.
PENGHARGAA­N: Djati merakamkan penghargaa­n mewakili kerajaan Republik Indonesia untuk keprihatin­an Kerajaan Malaysia menyerahka­n semula ketiga-tiga rakyat mereka yang diselamatk­an di perairan Pulau Sipadan, Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia