Utusan Borneo (Sabah)

Tiga warga Indonesia kongsi pengalaman hanyut

- Oleh Amir Anuar

TAWAU: Tiga mangsa hanyut mengaku mahu mengambil enjin kereta di Sg Nyamuk Pulau Sebatik sebelum jongkong mereka mengalami kerosakan dan ditolak ombak sehingga ke perairan Pulau Sipadan, Semporna.

Juragan, Taluddin Kobbi, 46, berkata, mereka bertolak dari Tarakan pada jam 4 petang Selasa, namun enjin jongkong mereka mengalami kerosakan kira-kira jam 11 malam.

“Anak saya (Jumriadi, 23) cuba membantu untuk mengemudik­an jongkong sementara saya memperbaik­i kerosakan enjin, tetapi tibatiba arahnya sudah berubah ke tempat lain.

“Kami sangka jongkong menghala ke Tawau, ruparupany­a ke Semporna, sehinggala­h kira-kira jam 4 pagi, kami lihat ada pulau sebelum meminta pertolonga­n untuk berteduh.

“Kami berusaha membaiki kerosakan yang ada sebelum didatangi tentera dan Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya semasa ditemui di Pejabat Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, malam semalam.

Beliau dan Jumriadi yang belayar bersama-sama seorangmek­anikkereta,Herison Kawihing, 56, dari Tarakan, kemudianny­a dibawa ke Jeti PPM Semporna.

Taluddin berkata, sepanjang ditahan oleh PPM, mereka bertiga dilayan dengan baik dan bersyukur kerana selamat dan dapat pulang kembali ke negara mereka.

“Selama berada di laut, kami memang takut sebab tidak tahu kedudukan jongkong, malah ombak besar, angin bertiup kencang dan penglihata­n juga kabur (akibat jerebu).

“Saya cuba menghilang­kan ketakutan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, serta memohon doa kepada Allah mudah-mudahan kami diselamatk­an,” katanya.

Ditanya mengenai kesulitan yang mereka alami, beliau berkata ketiadaan jaringan komunikasi menyukarka­n mereka untuk membuat laporan dan mendapatka­n pertolonga­n.

“Saya baru pertama kali mengalami pengalaman sebegini walaupun sudah menjadi nelayan selama tujuh tahun di sekitar kawasan Kalimantan,” katanya.

 ??  ?? BERSYUKUR: Taluddin (tengah), Jumriadi (kiri) dan Herison (kanan) bersyukur kerana selamat dan dapat pulang kembali ke Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia.
BERSYUKUR: Taluddin (tengah), Jumriadi (kiri) dan Herison (kanan) bersyukur kerana selamat dan dapat pulang kembali ke Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia