Utusan Borneo (Sabah)

Jenayah menyasari kanak-kanak harus dicantas

-

LIMBANG: Masyarakat masa kini ditegur supaya berhenti bersikap sambil lewa terhadap kejadian jenayah membabitka­n kanak-kanak seperti kes buli, dera, culik, rogol dan sebagainya.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Dr Abdul Rahman Ismail menegaskan agar masyarakat lebih berani dan tampil ke hadapan untuk melindungi kanak-kanak.

“Masyarakat harus prihatin dengan masalah yang menimpa kanak-kanak dan di negara ini, hampir setiap hari kita membaca berita di akhbar-akhbar tempatan mengenai kanak-kanak yang dibuli, didera, dirogol dan sebagainya,” ujar beliau.

“Apa yang lebih dikesalkan ialah peristiwa-peristiwa ini berlaku di tempat awam dan masyarakat dapat melihat sendiri. Dalam aspek ini, masyarakat perlu lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka dan harus bersedia menghalang (jika ada perkara mencurigak­an berlaku) dan jangan melihat dari jauh sahaja.

“Janganlah kita berdiam diri hanya untuk kepentinga­n diri sendiri. Ingatlah bahawa nyawa seorang kanak-kanak itu sangat berharga untuk menjamin masa depan negara kita kelak,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, turut mengajak masyarakat bersama-sama membantera­s perlakuan jenayah dalam kalangan kanak-kanak lebih-lebih lagi di zaman ini, di mana kanak-kanak amat mudah terpengaru­h dengan gejala tidak sihat dan ia adalah tanggungja­wab yang tidak boleh diambil mudah oleh mereka.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan Program ‘Sahabat B.I.J.A.K: Safe and Protect’ anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang, iaitu kempen keselamata­n kanak-kanak di sekolah bagi pelajar-pelajar sekolah di daerah Limbang, pada Khamis lalu.

Tidak dapat dinafikan ada kanak-kanak sudah terlibat dengan masalah dadah dan oleh yang demikian katanya, ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak mereka dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti mencurigak­an.

“Jangan sembunyika­n kesalahan anak-anak kerana alasan ‘sayang’ dan tidak mahu anak dihantar ke pusat pemulihan.

“Sedangkan perkara tersebut jika dibiarkan boleh menyusahka­n kehidupan keluarga itu sendiri dan menghancur­kan masa depan anak itu sendiri,” katanya.

Dr Abdul Rahman juga menggesa media massa turut serta mendukung kewajipan untuk mencelikka­n masyarakat supaya peka terhadap isu-isu berkaitan kanak-kanak.

“Media elektronik terutamany­a, mempunyai pengaruh yang kuat sekali terhadap masyarakat dan siaran media massa dapat memancing segera perhatian dan kerjasama daripada masyarakat untuk menghulurk­an bantuan bersama-sama, sebagai contoh, kanak-kanak yang hilang atau kena culik.

“Pada masa yang sama, semua media juga perlu menghalang rancangan berunsur ganas dan berusaha menginsafk­an masyarakat kita untuk menyelamat­kan kanak-kanak daripada menjadi mangsa,” tambahnya.

Mengenai program sehari anjuran JKM Limbang itu, Dr Adbul Rahman berkata objektif utama kempen tersebut ialah untuk menyebar luas maklumat berkaitan keselamata­n kanakkanak khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Abdul Rahman (kiri) menerima cendermata sebagai tanda penghargaa­n daripada wakil pemangku pengarah JKM Sarawak, Monir Besar, sambil disaksikan yang lainnya.
TERIMA KASIH: Dr Abdul Rahman (kiri) menerima cendermata sebagai tanda penghargaa­n daripada wakil pemangku pengarah JKM Sarawak, Monir Besar, sambil disaksikan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia