Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH lantik tuai rumah, ketua masyarakat, ketua kampung

-

KUCHING: Kerajaan persekutua­n akan melantik sendiri tuai rumah, ketua masyarakat dan ketua kampung di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sivarasa Rasiah berkata perkara ini telah diputuskan dan kabinet akan merombak semula sistem Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Isu pelantikan tuai rumah, ketua masyarakat atau ketua kampung menjadi satu masalah besar kepada kita. Sebab apa? Kita tahu semua ini dikawal di bawah kuasa kerajaan negeri.

“Masalah ini bukan sahaja berlaku di Sarawak tetapi juga di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

“Ini adalah satu cabaran dan kabinet sudah buat keputusan di mana kita akan buat lantikan tuai rumah, ketua masyarakat, ketua kampung daripada kalangan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak di sini malam kelmarin.

Diminta mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, Sivarasa yang ditemui selepas majlis tersebut berkata kabinet akan membincang­kan lebih terperinci mekanisme pelantikan ini.

“Kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan pelantikan tuai rumah, ketua masyarakat dan ketua kampung ini tidak bertindih dengan pelantikan oleh kerajaan negeri.

“Sebab itu kita akan membincang­kan lebih terperinci mekanismen­ya dan sasaran kita ia akan selesai pada 1 Januari tahun depan,” katanya.

Ujar Sivarasa lagi, tahun lepas kerajaan PH telah bersetuju lantikan tuai rumah dan ketua kaum dan ketua kampung dibuat oleh kerajaan negeri masingmasi­ng.

Tetapi katanya, pendekatan ini tidak berjalan dengan baik di Sarawak di mana kerajaan negeri menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluark­an amaran tidak membenarka­n ketua masyarakat menghadiri program anjuran wakil rakyat PH.

Perkara ini katanya, telah disuarakan oleh pemimpin PH sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) dan keputusan telah dibuat untuk merombak semula sistem ini.

 ??  ?? AMANAT: Sivarasa berucap pada majlis berkenaan malam kelmarin. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
AMANAT: Sivarasa berucap pada majlis berkenaan malam kelmarin. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia