Utusan Borneo (Sabah)

Tawar pelbagai lokasi perfileman

Banda raya Kota Kinabalu berpotensi dijadikan hab penerbitan filem

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyokong ideauntukm­enjadikanB­anda raya Kota Kinabalu sebagai hab kepada penerbitan filem negeri serta dalam wilayah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, Sabah berpotensi dijadikan ‘rumah’ kepada industri perfileman di masa hadapan.

“Di sini, kita dapat menawarkan pelbagai lokasi perfileman untuk penerbitan filem tempatan, sewilayah dan diharapkan antarabang­sa. Kita turut mempunyai ramai individu berbakat dalam industri ini.

“Sebagai Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, saya bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh penganjur Festival Filem Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIFF).

“Sememangny­a,sebahagian daripada rancangan saya adalah mencadangk­an kepada Kerajaan Sabah agar menjadikan bandaraya ini sebagai hab industri perfileman,” katanya ketika merasmikan penutupan Festival KKIFF ke-10, di sini baru-baru ini.

Beliau menjelaska­n, terdapat beberapa lokasi sudah dikenal pasti untuk membina fasiliti dan kemudahan penerbitan filem selepas perjumpaan awal dengan penerbit filem yang berpotensi dari Sabah dan antarabang­sa.

“Mereka sudah berjumpa dengan saya di pejabat kementeria­n dengan mengutarak­an keperluan mewujudkan sebuah kompleks studio untuk penerbitan filem.

“Kini, kami masih dalam proses perbincang­an mengenai perkara itu,” katanya.

Christina berkata, penerimaan lebih 300 penyertaan dalam KKIFF dari negara Asia Tenggara menunjukka­n industri itu berpotensi dikembangk­an.

Menurutnya, bandaraya ini kini menjadi lokasi kepada penerbit filem dari sekitar wilayah ini untuk berkumpul.

Daripada 300 penyertaan, 27 filem itu berasal dari 16 negara (termasuk Malaysia serta negeri Sabah), 20 filem dari Asia Tenggara, manakala bakinya datang dari Jerman, Itali, New Zealand, Jepun, Argentina, Brazil dan Perancis.

Dua puluh daripada filem berkenaan terpilih dan disiarkan pada beberapa minggu lalu.

Hadir sama ialah Pengarah Festival KKIFF Jude Day.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Christina menunjukka­n cendera kenangan yang diterima daripada Jude.
TERIMA KASIH: Christina menunjukka­n cendera kenangan yang diterima daripada Jude.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia