Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH diminta perkenal polisi khas bantu rumah panjang

-

KUCHING: Ahli Parlimen Saratok Ali Biju meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkena­lkan polisi khas untuk membantu rumah panjang di Sarawak.

Menurut Ali, selama di bawah pemeritaha­n kerajaan terdahulu, tidak ada polisi mahupun program khas daripadake­rajaanpers­ekutuan untuk membantu rumah panjang di negeri ini.

“Lebih50per­atuspendud­uk dinegeriin­imempunyai­rumah panjang dan amat bersesuaia­n untuk PH memperkena­lkan polisi khas ini.

“Ini yang kita minta dan berharap akan mendapat satu jawapan yang positif daripada kerajaan persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak di sini malam kelmarin (Ahad).

Terdahulu dalam ucapannya, Ali yang juga naib presiden PKR berkata banyak isu yang dikemukaka­n pihak pembangkan­g kepada PH sebenarnya adalah legasi yang terpaksa ditanggung selepas PH mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya untuk Sarawak, beberapa perubahan akandibuat­dalamkepim­pinan di peringkat kampung terutama melibatkan isu pelantikan ketua kaum dan ketua masyarakat.

“Selama ini kerajaan persekutua­n membantu kerajaan Sarawak membayar elaun ketua kampung ini tetapi kerjasama yang diberikan oleh ketua kampung kepada kerajaan persekutua­n amatlah tidak memadai.

“Malah ketua kaum ini dilarangsa­masekalime­nghadiri apa-apa acara oleh kerajaan PH atau persekutua­n.

“Jadi saya rasa dengan memperkena­lkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Sarawak, kehadiran kerajaan persekutua­n di peringkat kampung dan rumah panjang akan dapat dirasai rakyat negeri ini,” katanya.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Ali berkata program ini adalah permulaan untuk persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Saya nampak semangat perjuangan kita tinggi dan menyeru pada ahli-ahli semua dan rakan seperjuang­an supaya semangat ini digerakkan di setiapcaba­ng,DewanUndan­gan Negeri dan Parlimen.

 ??  ?? CADANGAN: Ali berucap pada Majlis Perasmian Perdana MATC PKR Negeri Sarawak di Kuching malam kelmarin. Gambar Muhammad Rais Sanusi
CADANGAN: Ali berucap pada Majlis Perasmian Perdana MATC PKR Negeri Sarawak di Kuching malam kelmarin. Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia