Utusan Borneo (Sabah)

Dasar ekonomi negara akan disemak semula

-

KUCHING: Dasar ekonomi negara akan disemak semula untuk pembaharua­n dan menjadikan­nya lebih inklusif.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berkata semakan semula dasar ekonomi ini adalah untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dan antara yang kaya dengan yang miskin.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta saya membentang­kan satu kertas dalam kabinet Sabtu lepas untuk kita menyemak semula dasar ekonomi negara.

“Kita telah berbincang selama tiga jam dan Perdana Menteri serta kabinet bersetuju dengan kertas yang saya bentangkan bertajuk ‘Shared Prosperity’.

“Maknanya kita hendak berkongsi kekayaan dengan semua rakyat dalam Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MTAC) Parti KeadilanRa­kyat(PKR)Negeri Sarawak 2019 kelmarin.

Majlis tersebut berlangsun­g disalahseb­uahhotelte­rkemuka di sini dan turut dihadiri beberapa barisan pemimpin PKR pusat dan negeri.

Tambah Azmin, selain dasar ekonomi yang lebih inklusif beliau juga akan pastikan peruntukan pembanguna­n bagi Sarawak akan lebih besar berbanding apa yang dinikmati sebelum ini.

Pada masa sama yang katanya, Perdana Menteri juga banyakkali­mempengeru­sikan mesyuaratP­erjanjianM­alaysia 1963 (MA63) melibatkan kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah.

Daripada banyak perkara yang berlaku pertindiha­n katanya, banyak perkara telah diselesaik­an dengan sebahagian lagi akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Pada majlis itu, Azmin yang juga timbalan presiden PKR turut mengingatk­an ahli-ahli parti untuk kembali kepada perjuangan asal parti dan bukannya perjuangan individu.

Katanya kejayaan PKR dan PH amnya mengambil alih kerajaan persekutua­n bukan mudah dan beliau tidak mahu apa yang dicapai ketika ini dirosakkan oleh pendatang baharu dalam parti.

“Bila kita menang jangan runtuhkan perjuangan yang kita bina selama 20 tahun ini.

“Saya rasa perkara ini mesti diperbetul­kan dan Keadilan mesti kembali kepada perjuangan asalnya,” ujarnya.

 ??  ?? KENANGAN: Azmin (duduk tengah) merakam gambar bersama pemimpin serta ahli-ahli PKR yang hadir pada Majlis Perasmian Perdana MATC Negeri Sarawak di Kuching kelmarin. Gambar Muhammad Rais Sanusi
KENANGAN: Azmin (duduk tengah) merakam gambar bersama pemimpin serta ahli-ahli PKR yang hadir pada Majlis Perasmian Perdana MATC Negeri Sarawak di Kuching kelmarin. Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia