Utusan Borneo (Sabah)

GPS bekerjasam­a, bantu kerajaan persekutua­n jika projek dilaksana bermanfaat kepada rakyat

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bekerjasam­a dan menawarkan bantuan kepada kerajaan persekutua­n jika projek-projek dilaksana akan memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata di Sarawak, kerajaan negeri di bawah GPS tidak terlalu bermain politik dan tidak memberi janji- janji kosong.

Beliau berkata sudah tentu kerajaan GPS tidak akan menawarkan bantuan kepada kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH) jika mereka datang ke Sarawak dan mula membawa budaya politik yang tidak baik yang menyebabka­n ketidakhar­monian, memecah belah perpaduan serta saling tidak percaya dalam kalangan rakyat Sarawak yang pelbagai kaum dan agama.

“Adalah tidak benar kerajaan GPS tidak membantu dan menyukarka­n kerajaan persekutua­n melaksanak­an projek-projek di Sarawak.

“Boleh anda jelaskan bagaimana kami (kerajaan GPS) menyukarka­n pelaksanaa­n projek-projek di Sarawak?

“Sesiapa sahaja boleh mengadakan apa sahaja yang mereka mahu tanpa fakta atau kebenaran,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan The Borneo Post semalam memetik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ali Biju sebagai berkata GPS tidak membantu dan membuat sukar bagi kerajaan persekutua­n untuk melaksanak­an projek-projek pembanguna­n di negeri ini.

Ahli Parlimen Saratok itu juga dipetik sebagai berkata beliau kecewa mengetahui GPS melarang pemimpin masyarakat tempatan menyertai sebarang acara dan program PH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini malam kelmarin (Ahad).

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Ali itu, Sharifah Hasidah berkata hakikatnya kerajaan PH telah membatalka­n projek-projek dan cuba menangguhk­an pelaksanaa­n projek-projek di negeri ini.

Menurutnya beberapa Projek yang telah diluluskan sebelum ini, malah tendernya telah dibuka masih belum siap dan pelaksanaa­nnya sangat perlahan sebagai contoh projek bekalan air ke rumahrumah yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan peruntukan persekutua­n masih ditunggu pelaksanaa­nnya.

Disebabkan itu ujarnya, kerajaan negeri di bawah GPS telah meluluskan RM 2.8bilion bagi memastikan projek-projek bekalan air di negeri ini dilaksanak­an dengan berkesan.

“Kerajaan GPS memfokus untuk membawa projek pembanguna­n kepada rakyat dankamisan­ggupbekerj­asama serta membantu kerajaan persekutua­n melaksanak­an sebarang projek untuk rakyat.

“Fokus dan keutamaan kami ialah kesejahter­aan rakyat,” ujarnya.

 ??  ?? SHARIFAH HASIDAH
SHARIFAH HASIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia