Utusan Borneo (Sabah)

NIOSH semakin diterima majikan industri dalam negara

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) kini berada di landasan tepat dan semakin diterima oleh para majikan dalam industri Malaysia.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata, selepas 27 tahun menerajui institut itu, beliau gembira untuk melihat usaha yang digerakkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat kini menampakka­n hasil.

“Kontrak saya sebagai pengerusi NIOSH akan tamat pada 20 September ini... saya gembira badan kerajaan ini yang dahulunya bermula dari sifar dan kini sudah diterima oleh para industri dalam negara ini.

“Ini juga adalah sidang media terakhir saya dan saya sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberikan saya peluang untuk berkhidmat selama 27 tahun dalam NIOSH,” katanya semasa sidang media di sini semalam.

Beliau yang kini berusia 73 tahun akan terus memberikan sumbangan dan bakti kepada negara dengan cara yang lain tetapi akan tetap aktif memperjuan­gkan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja (OSH) dalam negara ini.

Selain NIOSH, beliau kini juga menyandang jawatan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Pengerusi Yayasan Eco World, Pengerusi Yayasan Sukarelawa­n Siswa, Pengerusi Lembaga Pentadbira­n Open Universiti Malaysia (OUM), Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dan Trustee Malaysia Unity Foundation.

“Ramai yang berkata saya ini orang kaya, ada perniagaan di sini dan di sana sebagai pengerusi, tetapi yang sebenarnya tidak, saya bukan ahli perniagaan dan tidak berniaga.

“Saya memberikan sepenuh jiwa dan raga saya untuk berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia. Selama ini saya digelar aktivis masyarakat, haiwan dan banyak lagi.

“Sepanjang perkhidmat­an saya, saya sudah melawati semua negeri termasuk kawasan-kawasan pedalaman bagi memperkena­lkan kepentinga­n NIOSH,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia