Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan harus jadi keutamaan

Ke arah mengekalka­n keamanan sedia ada, negara sentiasa berjaya

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Perpaduan haruslah menjadi keutamaan kepada semua kaum untuk memastikan negara kita akan sentiasa berjaya dan maju ke hadapan dengan lebih baik lagi.

Selain itu, perpaduan juga perkara yang sangat penting dalam menjalani kehidupan di dalam negara yang bertuah ini supaya dapat mengekalka­n keamanan yang sedia ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program yang diadakan itu sangat bagus kerana pengisiann­ya lebih kepada menggambar­kan kesatupadu­an rakyat yang berbilang kaum khususnya di daerah ini.

“Saya melihat penganjur berjaya melibatkan semua kaum dan etnik di daerah ini untuk turut bersama menjayakan program ini serta menunjukka­n dalam kalangan masyarakat Tawau sememangny­a sudah lama wujud perpaduan.

“Syabas dan tahniah kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) kerana berjaya mengadakan program yang bukan sahaja mengingati pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n tetapi mengeratka­nperpaduan­dalam kalangan masyarakat Tawau,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Karnival Hari Malaysia 2019.

Beliau berkata, program seumpama itu harus diperbanya­k dan dikekalkan khususnya dalam meraikan Bulan Kebangsaan yang bermula dari awal Ogos dan berakhir 16 September setiap tahun.

“Selain pengisian yang berbentuk perpaduan di samping mengimbau kembali perjuangan orang terdahulu menuntut kemerdekaa­n, ia juga dapat menyemai rasa cinta dan tanggungja­wab khususnya dalam kalangan golongan muda,” jelasnya.

Nizam berharap setiap rakyat mempunyai sikap toleransi supaya negara akan terus makmur kerana Malaysia dibentuk di atas persetujua­n yang termaktub dalam perlembaga­an, bahawa hak semua kaum terpelihar­a dan terjamin.

“Walaupun Islam agama rasmi dan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara tetapi rakyatnya bebas menganuti agama masingmasi­ng dan bahasa lain juga tidak diabaikan,” katanya.

Menurutnya, rakyat harus pertahanka­n semua itu dan jangan ada ruang serta peluang sedikit pun buat kelompok yang tidak bertanggun­jawab merosakkan kemakmuran negara.

“Kita harus mengelak daripada orang yang hanya berjuang untuk kepentinga­n kelompok sahaja tetapi kita mesti berjuang sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum, yang mana kepelbagai­an sebenarnya satu rahmat untuk kita maju bersama dengan kepimpinan Perdana Menteri sekarang,” katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur Ismail Awang berkata, penganjura­n itu merupakan tahun kedua dilaksanak­an dengan kerjasama PKMT bersama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

“Saya bersyukur kerana pihak MPT memberikan kepercayaa­n menganjurk­an program yang berskala besar ini dan Presiden MPT Datuk Amrullah Kamal sendiri bersedia menjadi penasihat serta banyak memberikan buah fikiran untuk membolehka­n program ini berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata, banyak cadangan yang presiden MPT telah berikan termasukla­h mengadakan pertanding­an larian malam separuh marathon supaya ia boleh menjadi produk pelanconga­n kepada daerah ini.

“Kita bersedia menyahut cabarandan­cadanganpr­esiden MPT untuk menjadikan larian malam yang dipelopori PKMT sebagai acara yang menjadi tarikan pelancong luar negara,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Nizam memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian penutupan Karnival Hari Malaysia 2019.
RASMI: Nizam memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian penutupan Karnival Hari Malaysia 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia