Utusan Borneo (Sabah)

Polis puji kerjasama Persatuan Peniaga Sekendhend dan Kitar Semula Miri

-

MIRI: Kerjasama Persatuan PeniagaSek­endhenddan­Kitar Semula Miri bersama polis telah berjaya menyelesai­kan isu jenayah membabitka­n penjualan barangan terpakai dan kitar semula.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata kerjasama ini amat penting dalam usaha membantu kerajaan mengurangk­an kadar kerugian membabitka­n harta benda awam yang dicuri dan dijual semula.

“Agensi kerajaan yang menguruska­n kemudahan awam telah mengalami kerugian setiap tahun disebabkan kes kecurian kabel elektrik, besi atau barang logam dan sebagainya.

“Sehubungan itu, ahli persatuan atau pemain industri perlu memainkan peranan memerangi jenayah dengan menghentik­an segera aktiviti membeli barangan curi,” katanya semasa merasmikan Persatuan Peniaga Sekendhend dan Kitar Semula Miri di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu berkata sebelum persatuan itu ditubuhkan, ramai pengusaha barangan lusuh atau terpakai berdepan isu membeli barangan curi.

Namun sebaik sahaja persatuan itu diwujudkan, maka ia secara jelas telah mengurangk­an isu terbabit dan paling penting kerugian kerajaan juga telah dapat dikurangka­n.

“Peniaga barangan lusuh berkaitan logam dan besi perlu peka dengan individu yang menjual barangan di premis mereka dan tidak membeli barang terbabit jika dipercayai dicuri,” jelasnya.

Identiti setiap individu yang menjual barangan lusuh perlu direkodkan­bagimemuda­hkan pihak polis mengesan mereka jika barangan yang dijual itu terbabit dalam kes jenayah.

Terdapat lebih 40 premis membeli barangan lusuh di seluruh bahagian Miri dan kesemuanya berlesen.

Lee juga menyaranka­n persatuan mengadakan bengkel atau seminar kepada orang awam cara pengurusan barangan terpakai seperti pakaian lama, barangan plastik dan sebagainya.

Ia sekali gus akan membantu MajlisBand­arayaMiri(MBM) dalam pengurusan barangan terpakai serta memastikan bandar raya peranginan itu tidak tercemar dengan sampah.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar MBM Adam Yii dan Pengerusi Persatuan Datuk Nguang Hing Teck.

 ??  ?? TERBAIK: Lee dan Adam (sembilan kanan) merasmikan bangunan baharu Persatuan Peniaga Sekendhend dan Kitar Semula Miri di Krokop 5 kelmarin (Ahad).
TERBAIK: Lee dan Adam (sembilan kanan) merasmikan bangunan baharu Persatuan Peniaga Sekendhend dan Kitar Semula Miri di Krokop 5 kelmarin (Ahad).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia