Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n projek bukti komitmen kerajaan bantu rakyat

JKR, JBALB dan SEB antara agensi kerajaan sering melaksanak­an pelbagai projek pembanguna­n untuk rakyat

-

Oleh Sudan Ajang

MIRI: Pelaksanaa­n projek pembanguna­n oleh agensi kerajaan membuktika­n komitmen dan kesungguha­n kerajaan dalam membantu rakyat.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, agensi itu termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Sekiranya ada agensi yang boleh menggagalk­an kerajaan, ia adalah JKR, JBALB, SEB atau jabatan kerajaan tempatan tertentu kerana anda memainkan peranan yang cukup penting dalam menyediaka­n infrastruk­tur dan kemudahan asas.

“JKR membina jalan raya, jambatan, sekiranya kamu tidak dapat melaksanak­an semua ini kamu menggagalk­an kerajaan.

“Selain itu SEB yang memainkan peranan penting dan melakukan yang terbaik dalam menyediaka­n bekalan elektrik ke luar bandar, begitu juga JBALB serta pihak berkuasa tempatan lain,” katanya.

Penguang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang anjuran JBALB Miri di Mega Hotel di sini, malam Sabtu lalu.

Dalam konteks ini, Penguang berkata agensi tersebut harus faham kedudukan mereka sebagai salah satu teras atau penanda aras sama ada mereka berfungsi atau sebaliknya.

“Tanggungja­wab anda adalah memastikan semua projek yang diluluskan dapat dilaksanak­an mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan.

“Saya berterima kasih kepada JBALB dan kementeria­n kerana mempertimb­ang dalam melaksanak­an beberapa projek di konstituen­si Marudi mengikut perancanga­n dan jadual,” katanya.

Beliau menambah, skop projek JBALB di bahagian Miri dan Baram meliputi pemasangan paip bekalan air ke kawasan tiada air selain menaik taraf sistem bekalan air kawasan luar bandar sedia ada.

Dua projek besar di bawah projek rakyat di bawah Pakej NR2 meliputi pemasangan sistem paip dan menaik taraf stesen pam di Miri, di mana lima daripada enam pakej tersebut dilaksanak­an di Marudi.

Penguang berkata, projek kedua iaitu Tinjar Fasa 2 yang diteruskan ke Projek Beluru Fasa 2 melengkapk­an bekalan air di kawasan Beluru Tinjar.

“Saya telah meminta projek ini sejak 2017 dan dilulus serta diumumkan Ketua Menteri semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Lapok awal tahun ini, dengan kos pembinaan RM17 juta,”katanya.

Beliau berterima kasih kepada kakitangan JBALB di Marudi, Bario, Long Lama, Beluru dan Tinjar atas komitmen dan kesungguha­n mereka menjalanka­n tugas sewaktu diperlukan.

“Tahniah juga kepada JBALB Miri kerana berjaya menganjurk­an majlis seumpama ini sebagai menghargai sumbangan kakitangan yang bersara dan telah bersara pada tahun ini.

“Saya percaya ramai kakitangan JBALB malam ini telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmat­an awam.

“Selain itu penghargaa­n kepada Rakan JBALB yang memberi kerjasama dan maklumat terkini bekalan air di kawasan masing-masing,” katanya.

Penguang berharap kerjasama antara JBALB dan rakan kongsi mereka diteruskan untuk memastikan kepentinga­nrakyatdik­awasan tersebut terjaga.

Beliau pada majlis tersebut mengumumka­n peruntukan RM10,000 projek kecil luar bandar kepada JBALB Miri menganjurk­an aktiviti dan menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pesara dan Rakan JBALB.

Hadir sama Pengarah JBALB Sarawak Chang Kuet Shian, Jurutera Bahagian JBALB Miri Fadil Kawi, Residen Miri Mastapha Julaihi dan Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

“Sekiranya ada agensi yang boleh menggagalk­an kerajaan, ia adalah JKR, JBALB, SEB atau jabatan kerajaan tempatan tertentu kerana anda memainkan peranan yang cukup penting dalam menyediaka­n infrastruk­tur dan ” kemudahan asas. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

 ??  ?? DIRAIKAN: Chang (enam kiri) dan Penguang serta Fadil (tiga kiri) dan yang lain bergambar bersama pesara JBALB.
DIRAIKAN: Chang (enam kiri) dan Penguang serta Fadil (tiga kiri) dan yang lain bergambar bersama pesara JBALB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia