Utusan Borneo (Sabah)

Keharmonia­n rakyat ibarat kek lapis Sarawak

Seperti kek yang berwarna-warni, kepelbagai­an menjadi pemangkin kepada perpaduan pelbagai kaum

-

KUALA LUMPUR: Perpaduan masyarakat etnik di negara ini ibarat gabungan warna kek lapis yang sinonim dengan Bumi Kenyalang, yang menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2019.

Felow Akademi Sains Malaysia Assoc Prof Dr Madeline Berma berkata, kek lapis bukan sekadar menjadi oleole untuk diberikan kepada keluarga dan sahabat-handai malah ia menjadi juadah wajib dan simbolik kepada pelbagai sambutan yang dilihat sebagai penyatuan keluarga.

“Walaupun warna berbeza tetapi apabila bercampur menjadi kek lapis, rasa kek lapis menjadi sedap,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program bual bicara bertajuk Sumbangan Sabah dan Sarawak Dalam Pembentuka­n Persekutua­n Malaysia terbitan Bernama News Channel di sini, semalam.

Program itu adalah antara pengisian Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam usaha mencatat rekod Siaran Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama Malaysia Book of Records (MBOR) 2019 bersempena Hari Malaysia.

Ahli akademik itu berkata, Wawasan Kemakmuran Bersama yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini turut menjadi antara fokus utama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif.

Agihan kemakmuran yang berlaku di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi akan mewujudkan rasa keharmonia­n dan kestabilan dalam kalangan rakyat, katanya.

“Penduduk di Sabah dan Sarawak juga berhak merasai segala kemudahan dan kekayaan yang dinikmati rakyat Semenanjun­g. Pada masa sama mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) perlu bersyukur dan hargai di mana mereka berada sekarang. Perlu sama-sama bina dan bangunkan Malaysia dengan memperbaik­i segala kekurangan agar negara terus makmur sebagai sebuah negara majmuk,” katanya.

Justeru, Madeline menggesa media memainkan peranan penting memberi pendidikan bagi membantu mewujudkan serta memelihara hubungan antara pelbagai etnik dalam masyarakat di negara ini.

Beliau berkata pemain industri filem juga bertanggun­gjawab menghidang­kan pelbagai cerita dibintangi pelakon mewakili pelbagai kaum dan etnik seperti filem arahan seniman agung P Ramlee yang seringkali menghasilk­an filem menggambar­kan hubungan istimewa pelbagai kaum.

“Saya akui yang saya membesar dalam masyarakat Iban namun Iban saya sesekali tidak luntur walaupun saya bercakap dan menonton filem Melayu. Maka media kena sampaikan pendidikan berkaitan penyatuan kepelbagai­an di Malaysia,” katanya.

Menyentuh elemen penyatuan seperti makanan, kaum, etnik, peristiwa penting, sukan dan seni budaya, Madeline berkata kepelbagai­an itu menjadi pemangkin kepada perpaduan pelbagai kaum di Malaysia dan menjadi antara alat perpaduan yang paling berkesan.

Beliau memberi contoh antara sambutan yang diraikan secara bersama pelbagai etnik di Sarawak seperti Pesta Benak, Pesta Babulang dan Pesta Ikan mempamerka­n kepelbagai­an dan semangat menghormat­i agama serta budaya.

“Acara lumba perahu Regata Sarawak menjadi acara yang amat dinanti-nantikan di mana ia menjadi acara rentas etnik dan agama. Ia bukan sekadar acara rekreasi malah boleh menyatukan rakyat,” katanya.

“Penduduk di Sabah dan Sarawak juga berhak merasai segala kemudahan dan kekayaan yang dinikmati rakyat Semenanjun­g. Pada masa sama mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) perlu bersyukur dan hargai di mana mereka berada sekarang. Prof Dr Madeline Berma Felow Akademi Sains Malaysia Assoc

 ?? — Gambar Bernama ?? TANPA HENTI: Dr Madeline Berma (kanan) menjadi tetamu dalam Talk Show- Sumbangan Sabah dan Sarawak Dalam Pembentuka­n Persekutua­n Malaysia sempena Siaran Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama Malaysia Book of Record (MBOR) 2019 di Wisma Bernama dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TANPA HENTI: Dr Madeline Berma (kanan) menjadi tetamu dalam Talk Show- Sumbangan Sabah dan Sarawak Dalam Pembentuka­n Persekutua­n Malaysia sempena Siaran Kebangsaan Pelbagai Bahasa Tanpa Henti Paling Lama Malaysia Book of Record (MBOR) 2019 di Wisma Bernama dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia