Utusan Borneo (Sabah)

2,500 sertai larian dengan berpakaian tradisiona­l di jambatan

- — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: Kira-kira 2,500 pelari yang lengkap memakai pakaian tradisiona­l menyertai acara larian ‘LLM Maju Cultural Night Run’ yang bermula malam kelmarin dan berakhir awal pagi semalam di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dekat sini.

Larian santai sejauh tujuh kilometer yang julung kali diadakan itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, dan turut disertai Ketua Menteri Chow Kon Yeow serta barisan kepimpinan negeri itu.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir turut mengambil bahagian dalam acara itu yang dianjurkan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kerajaan negeri, Jabatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) serta Koperasi LLM Berhad.

Mohd Anuar berkata larian ini akan dijadikan acara tahunan berikutan sambutan menggalakk­an daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, selain mencapai objektifny­a memupuk semangat muhibbah serta toleransi di kalangan penduduk dan menjadi aktiviti pelanconga­n.

“Acara larian ini dapat memperkena­lkan kepelbagai­an budaya penduduk Malaysia kepada pelancong asing di samping menggalakk­an gaya hidup sihat serta memperkena­lkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai laluan ke Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyertai larian santai itu.

Mohd Anuar yang mengenakan sepersalin­an baju Melayu bersama tanjak bagi acara itu berkata agensi kerajaan dan swasta digalakkan untuk menganjurk­an larian santai dengan memakai pakaian tradisiona­l pelbagai kaum dalam usaha memperkena­lkan kepelbagai­an budaya negara ini.

“Saya lihat ramai peserta malam ini memakai pakaian tradisiona­l masing-masing malah mereka begitu bersemanga­t berlari bersamasam­a sehingga ke garisan penamat,” katanya.

Menurutnya penganjur dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara turut mengadakan beberapa persembaha­n kebudayaan seperti tarian Boria, Chingay, Bhangra dan tarian tradisiona­l Melayu di pentas utama serta di sepanjang laluan larian berkenaan.

 ??  ?? TURUT SERTA: Sebahagian daripada 2,500 peserta menyertai Larian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Maju Cultural Night Run di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sejauh tujuh Kilometer di George Town, semalam.
TURUT SERTA: Sebahagian daripada 2,500 peserta menyertai Larian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Maju Cultural Night Run di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sejauh tujuh Kilometer di George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia