Utusan Borneo (Sabah)

Nekad berhenti kerja makan gaji, buka kedai kuih

Dua wanita gigih mengusahak­an bubur ayam ala restoran makanan segera dan kuih talam tradisiona­l

-

KOTA BHARU: Untuk berhenti daripada jawatan bergaji tetap dan berpencen, pastinya ia memerlukan tekad dan azam yang bersungguh untuk mencuba suatu bidang baharu yang berisiko, namun itulah yang dilakukan oleh Asiah Che Man, 42, dan Nurhidayaw­ati Othman, 40, yang memilih untuk berhenti kerja makan gaji, dan mula berniaga.

Asiah yang sebelum ini bekerja sebagai Pembantu Penyediaan Makanan di Kolej Jururawat Kubang Kerian, mengambil keputusan untuk bersara awal, kira-kira tiga tahun lepas dan mengusahak­an bubur ayam ala sebuah restoran makanan segera manakala Nurhidayaw­ati, bekas pembantu tadbir sekolah pula menyediaka­n kuih talam tradisiona­l.

Kedua-dua wanita cekal ini kelihatan sedang sibuk menyiapkan tempahan ketika ditemui Bernama di kedai mereka di Chempaka dekat sini baru-baru ini.

Asiah ketika ditemui berkata beliau menyimpan hasrat memperkena­lkan bubur ayamnya kepada pengurusan sekolah untuk dijadikan makanan percuma kepada pelajar seperti yang dicadangka­n oleh kementeria­n untuk memberi makanan kepada semua 7.2 juta pelajar mulai tahun depan.

“Bubur nasi ayam ini sekiranya dijadikan sarapan untuk pelajar sekolah, ia lengkap berkhasiat dan mereka boleh kenyang sehingga pulang sekolah,” katanya sambil menambah terdapat beberapa kedai makan sudah menjual bubur ayamnya, selain beliau turut sering mendapat tempahan daripada guru-guru sekolah berhampira­n.

Sementara itu Nurhidayaw­ati pula berkata beliau mulai serius berniaga sejak dua bulan lepas dengan membuka kedai kuih itu yang disewa dengan harga RM200 sebulan, setelah mengambil keputusan untuk pencen awal.

“Dulu semasa saya bekerja sebagai kerani sekolah, tetapi kini saya pilih untuk menjadi majikan, di samping membuka peluang kepada golongan muda untuk mendapat pekerjaan,” katanya sambil menambah para pekerjanya dibayar RM4 sejam.

Ibu tunggal beranak lima itu berkata keputusan untuk meninggalk­an pekerjaan diambil setelah perniagaan kuih tradisiona­lnya mendapat sambutan menggalakk­an dan pendapatan dari hasil jualan juga lebih lumayan.

“Saya mula membuat kuih talam sejak 10 tahun lalu semasa bertugas di Kemaman, Terengganu. Pendapatan bulanan kurang mencukupi menyebabka­n saya mencari sumber lain untuk menampung perbelanja­an mereka sekeluarga.

”Kebetulan ada tawaran belajar memasak kuih talam tradisiona­l dan saya sertai kelas itu yang akhirnya memberi ruang untuk saya memulakan perniagaan kuih talam,” katanya sambil menambah pada peringkat awal, kuih talamnya dijual di dua buah sekolah berdekatan selain menerima tempahan untuk majlis.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAYA: Peniaga makanan Asiah Che Man, 42, yang menjual bubur ayam (kanan) dan Nurhidayaw­ati Othman, 40, yang menjual kuih muih (kiri) menyusun makanan yang dijual mereka ketika ditemui Bernama di Chempaka di Johor Bharu, semlam.
— Gambar Bernama BERJAYA: Peniaga makanan Asiah Che Man, 42, yang menjual bubur ayam (kanan) dan Nurhidayaw­ati Othman, 40, yang menjual kuih muih (kiri) menyusun makanan yang dijual mereka ketika ditemui Bernama di Chempaka di Johor Bharu, semlam.
 ?? — Gambar Bernama ?? USAHA: Bubur ayam yang diusahakan Asiah Che Man, 42, ketika ditemui Bernama di Chempaka, semalam.
— Gambar Bernama USAHA: Bubur ayam yang diusahakan Asiah Che Man, 42, ketika ditemui Bernama di Chempaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia