Utusan Borneo (Sabah)

CIDB, GAMUDA IBS jalin kerjasama strategik tingkat produktivi­ti pembinaan

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi anak syarikatny­a, Institut Penyelidik­an Pembinaan Malaysia (CREAM), memeterai perkongsia­n strategik dengan Gamuda Industrial Building System Sdn Bhd (GIBS) bagi penyelidik­an maklumat dan perkongsia­n data untuk meningkatk­an produktivi­ti pembinaan di Malaysia.

CIDB dalam satu kenyataan berkata keduadua pihak akan memanfaatk­an kilang IBS digital GIBS, proses dan operasinya bagi penyelidik­an, termasuk reka bentuk dalam platform Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), pengambila­n kuantiti dan tempahan bahan, kawalan digital dan pembuatan robotik, penjejakan penghantar­an, pod dan sebagainya serta perancanga­n pengeluara­n dan pengurusan dan kualiti produk siap.

“Kerjasama strategik antara CIDB dan GIBS menandakan satu langkah penting bagi Kementeria­n Kerja Raya, menerusi CIDB, untuk meningkatk­an penggunaan BIM peralatan reka bentuk dalam talian dan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) oleh industri perumahan di Malaysia.

“Ia akan membantu memandu kerajaan dalam membuat dasar dan pelaksanaa­n, dan mempersiap­kan sektor pembinaan bagi ekosistem digital baharu sejajar dengan objektif Industry4W­RD, dasar kebangsaan bagi Industri 4.0 dan Program Transforma­si Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP),” kata Menteri Kerja Raya Baru Bian yang menyaksika­n permeterai­an Memorandum Persefaham­an (MoU) antara CREAM dan GIBS itu, baru-baru ini.

Model operasi GIBS juga akan ditanda aras terhadap pemain IBS tempatan dan syarikat pembinaan pratuang/ pembuatan/modular luar negara.

Selain itu, penyelidik­an juga dibuat untuk memahami dan membangunk­an model perniagaan mampan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pembuatan IBS, kata CIDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia