Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket dadah Maghribi tumpas di tangan polis Sepanyol

-

MADRID: Pihak polis Sepanyol Ahad lepas menyatakan mereka telah mematahkan kumpulan dadah utama yang dijalankan seorang rakyat Maghribi yang dikenali sebagai ‘Messi of Hashish’, yang sekarang berada dalam buruan.

Operasi bermula pada Februari, ketika pihak polis di Gibraltar di wilayah British telah menemui sebuah bot yang akan karam dengan tiga kru di dalamnya dan 84 bungkusan ganja.

Gibraltar terletak di luar pantai selatan Sepanyol pada salah satu dari bahagian lintasan paling singkat ke utara Afrika.

Sejak itu, pihak polis Sepanyol telah menahan 45 orang dan mengeluark­an waran terhadap 16 orang lagi, termasuk ketuanya, El Haj.

Pihak polis telah menahan Abdellah El Haj pada November 2017 sebelum membebaska­n dia dengan ikat jamin pada Mac lepas, sejak itu dia tidak dapat dikesan lagi, menurut seorang jurucakap bagi pasukan Guardia Civil di Sepanyol.

“’Messi’ telah berada dalam buruan selama satu tempoh yang lama dan menjalanka­n rangkaian tersebut dari luar, namun beberapa orang pembantu kanannya telah gugur,” tambah beliau.

Satu kenyataan daripada pasukan tentera menyatakan tangkapan setakat ini secara efektifnya telah mematahkan salah satu kumpulan dadah paling aktif di sungai Guadalquiv­ir.

Sungai itu yang mengalir ke Laut Atlantik Utara hanya di utara Cadiz dan tidak jauh dari Afrika utara, telah dianggap sebagai laluan utama bagi kumpulan menyeludup ganja Maghribi ke Sepanyol.

Pihak polis telah merampas lima bot, 17 kenderaan, wang tunai lebih setengah juta euro serta beberapa laras senjata.

Mereka turut membongkar sebuah limbungan kapal yang membina bot laju yang digunakan untuk menyeludup dadah dari Maghribi.

Sepanyol sejak dari tahun lepas telah memperting­katkan kempennye menentang penyeludup­an dadah di selatan Sepanyol, telah menambahka­n bilangan anggota polis di sana pada tahun lepas.

Di antara Julai 2018 dan Julai 2019 mereka telah merampas 143 tan ganja dan 5.4 tan kokain di dalam serta sekitar Gibraltar, menurut pihak kementeria­n dalam negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia