Utusan Borneo (Sabah)

Mempertika­i kewujudan ATM adalah tindakan tidak berasas

Tanpa kewujudan ATM, negara terdedah dengan pelbagai ancaman

-

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamata­n dan kedaulatan negara ini.

Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamata­n, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu-gugat, katanya.

“Tanpa kewujudan ATM, pastinya negara terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan kedaulatan negara,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari ATM ke-86 bertemakan ‘Kedaulatan Negara Tanggungja­wab Bersama’ di saluran TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia semalam.

“ATM adalah insurans atau jaminan terhadap kelestaria­n pertahanan negara dan sebagai perisai negara, kami warga ATM sanggup berkorban jiwa raga serta jujur dalam melaksana amanah,” katanya.

Oleh itu, tindakan sesetengah pihak yang masih mempertika­i kewujudan ATM dengan mengatakan ia satu bentuk kerugian dan pembaziran wang ringgit semata-mata adalah tidak berasas.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ini, terdapat 5,000 warga ATM melaksanak­an tugas di dalam dan luar negara.

“Mereka ini diletakkan dalam kesiagaan tinggi di kem atau pangkalan seluruh negara selain ada yang melaksanak­an rondaan dan mengawasi sempadan perbatasan di darat, laut dan udara,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersamasam­a warga ATM menjaga keselamata­n dan kedaulatan negara ini.

“Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamata­n, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu-gugat.

“ATM juga ingin menzahirka­n ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang masih setia dan menaruh keyakinan, kepercayaa­n dan sokongan tidak berbelahba­hagi kepada ATM,” katanya.

Sambutan Hari ATM akan diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 27 September ini.

“ATM adalah insurans atau jaminan terhadap kelestaria­n pertahanan negara dan sebagai perisai negara, kami warga ATM sanggup berkorban jiwa raga serta ” jujur dalam melaksana amanah. Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin Panglima ATM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia