Utusan Borneo (Sabah)

Selangor rampas tanah terlibat dalam pembakaran terbuka

-

KLANG: Kerajaan Selangor akan bertindak merampas tanah para petani yang masih degil melakukan pembakaran terbuka di negeri ini yang dilihat semakin berleluasa dari tahun ke tahun.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata tindakan tegas itu perlu dilakukan kerana para petani terutamany­a di kawasan Johan Setia di sini masih melakukan perbuatan berkenaan walaupun kerajaan negeri telah mengeluark­an arahan larangan.

“Pembakaran terbuka untuk aktiviti pertanian ini sedikit sebanyak telah memburukka­n lagi situasi jerebu yang melanda negara sekarang.

“Bagaimanap­un, kita akan pastikan tindakan (merampas tanah) ini akan mengikut prosedur dan proses ditetapkan kerana bukan mudah untuk mengambil tanah ini kerana ada tanah disewa dan ada juga tanah diceroboh untuk menanam sayursayur­an,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Pertanding­an Debat dan Pidato XI Yayasan Selangor, di sini, semalam.

Amirudin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap petani yang ingkar dengan arahan dikeluarka­n kerana perbuatan itu dilakukan pada waktu malam dan awal pagi.

“Apabila kita pergi, tuan tanah tidak ada, tak tahu di mana dan bila sampai di lokasi kita mengambil langkah memadamkan api dahulu sebelum mencari pihak yang membakar,” katanya.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat jam 2 petang semalam, bacaan Indeks Pencemaran Udara di Johan Setia adalah 204, Klang (150) dan Banting (155).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

 ??  ?? ALBUM: Amirudin (empat kiri berdiri) bergambar bersama pemenang tempat pertama bagi setiap kategori pada Majlis Perasmian Penutup Pertanding­an Debat dan Pidato Yayasan Selangor XI di Gocos Hotel Klang, Klang semalam. — Gambar Bernama
ALBUM: Amirudin (empat kiri berdiri) bergambar bersama pemenang tempat pertama bagi setiap kategori pada Majlis Perasmian Penutup Pertanding­an Debat dan Pidato Yayasan Selangor XI di Gocos Hotel Klang, Klang semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia