Utusan Borneo (Sabah)

ASEAN perlu tangani punca fizikal, politik isu kebakaran hutan, jerebu: Pensyarah

-

KUALA LUMPUR: Cara terbaik untuk meminimumk­an risiko jerebu rentas sempadan yang semakin teruk di rantau ASEAN adalah dengan menangani punca fizikal dan politik berhubung isu kebakaran hutan dan jerebu.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabang­sa dan Strategik Universiti Malaya Dr Helena Varkkey berkata visi ASEAN bagi rantau bebas jerebu menjelang 2020 banyak bergantung kepada iltizam politik Indonesia untuk menangani kebakaran di dalam negara itu secara berkesan dan menerima bantuan tepat pada waktunya.

Dalam masalah jerebu merentas sempadan yang sedang melanda, Indonesia dilihat keberatan untuk menerima bantuan daripada Malaysia.

“Kita tidak pasti sekiranya akan berlaku satu lagi pusingan kebakaran besar pada tahun depan. Bagaimanap­un, sama ada ini akan mengakibat­kan jerebu di rantau ini akan banyak bergantung pada usaha pencegahan oleh pihak Indonesia, yang diharapkan dapat melaksanak­annya dengan sebaik mungkin apabila kebakaran yang sedang berlaku dipadamkan sepenuhnya.

“Tetapi kita perlu ingat bahawa tahun bebas jerebu rentas sempadan, malah sekiranya 2020 adalah bebas jerebu, tidak bermakna tahun berikutany­a juga akan bebas jerebu,” katanya dalam temuramah dengan Bernama menerusi e-mel.

Lebih 4,000 titik panas dikesan di kawsan tengah dan barat Indonesia dengan pihak berkuasa tempatan menugaskan anggota untuk memadamkan kebakaran yang menyebabka­n jerebu menyelubun­gi rantau ini.

Kerajaan Indonesia dilaporkan telah menyita ladang termasuk konsesi milik syarikat asing, berhubung pembakaran terbuka.

Sementara itu, jerebu rentas sempadan daripada kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabka­n ratusan sekolah di Sarawak dan Johor ditutup kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar menunjukka­n kualiti udara di beberapa daerah di dua negeri itu mencatatka­n paras sangat tidak sihat.

Bagaimanap­un kerajaan Indonesia sekali lagi enggan menerima kesalahan itu, mendakwa asap jerebu yang menjejaska­n Kuala Lumpur berpunca dari Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Ia menolak aduan Malaysia berhubung asap bahaya yang berpunca daripada kebakaran hutannya yang merebak merentas sempadan, menyatakan kebakaran turut berlaku di bahagian Malaysia dan ladang milik Malaysia di Indonesia.

Varkkey berkata saling menuding jari antara satu sama lain tidak akan membantu, berikutan Presiden Joko Widodo, sejak beberapa tahun lepas, menyatakan bahawa walaupun berlaku kebakaran hutan di Indonesia, ini tidak menyebabka­n jerebu rentas sempadan.

Namun, Malaysia bergantung pada data serantau Pusat Meteorolog­i Khas ASEAN yang menunjukka­n kebanyakan asap itu datang dari Indonesia.

“Bagaimanap­un, kita juga perlu mengakui bahawa kita juga mempunyai beberapa kejadian kebakaran di kawasan kita, walaupun ia tidak sebesar yang berlaku (di Indonesia) — ini tidak patut diketepika­n.

“Juga terdapat isu berterusan mengenai latar belakang ladang milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia yang juga mungkin mempunyai peranan dalam pembersiha­n hutan yang secara langsung atau tidak langsung menyebabka­n kebakaran,” kata Varkkey.

Beliau berkata kedua-dua negara perlu melihat lebih jauh daripada saling menyalahka­n antara satu sama lain berhubung puncanya, dan sebaliknya perlu memberi tumpuan pada mencari penyelesai­annya — melaksanak­an kerjasama berkesan dalam aktiviti pencegahan, dan segera menyelaras­kan bantuan rentas sempadan pada peringkat awal kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia