Utusan Borneo (Sabah)

Niat minta hutang berakhir kematian

-

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas ditikam rakannya hanya kerana mangsa mahu menuntut hutang daripada suspek dalam kejadian berhampira­n menara jam di hadapan Kompleks Bukit Jambul, di sini malam kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, Mohamad Nurulhudin Ismail, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditikam di dada kanan.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa bertemu dengan lelaki itu di kawasan berkenaan untuk membincang­kan masalah hutang sebelum berlaku pertengkar­an antara mereka sehingga suspek berang bertindak menikam rakannya di dada sebelah kanan,” katanya, di sini semalam.

Menurutnya, akibat tikaman itu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri manakala suspek bersama seorang lagi rakannya bertindak melarikan diri dengan sebuah motosikal. Suspek yang panik kemudianny­a membuang pisau yang digunakan untuk menikam mangsa berhampira­n sebuah restoran iaitu kira-kira 70 meter dari tempat kejadian, katanya.

Beliau berkata pisau sepanjang kira-kira 28 sentimeter itu ditemui seorang wanita sebelum menyerahka­nnya kepada polis manakala sarung senjata itu ditemui berhampira­n lokasi kejadian.

“Semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan berkenaan mendapati suspek yang berbaju merah menikam mangsa dan terus melarikan diri bersama seorang rakannya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi Bernama mengesahka­n kejadian dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia