Utusan Borneo (Sabah)

Impian Ahmad Wazif kendali tren jadi kenyataan

-

KUALA LUMPUR: Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah seorang kanak-kanak penghidap leukemia, Ahmad Wazif Mohd Amir, 7, apabila impiannya mengendali­kan tren tercapai.

Anak kecil yang pemalu itu tiba-tiba berubah menjadi riang dan teruja sebaik sahaja menjejakka­n kaki ke ‘kokpit’ tren Monorel dan Transit Aliran Ringan (LRT) jajaran Ampang milik Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Ibunya, Sazrina Ramli, 39, berkata Ahmad Wazif yang didignosis dengan leukemia sejak Nov 2017 memang sangat meminati tren malah bercitacit­a untuk menjadi jurutera kereta api (train engineer) suatu hari nanti.

“Dia tunjukkan minat kepada tren sejak berusia tiga tahun. Apa yang dia tengok, dia akan lukis dan tunjuk kepada kami. Bila dapat peluang sebegini, dia memang gembira.

“Biasanya dia tengok sendiri video dalam YouTube dan ceritakan kepada kami apa yang dia tengok. Macammacam perkara dia tahu termasukla­h langkah-langkah korek terowong untuk projek Transit Aliran Massa (MRT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai program Wazif’s Wish Day anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MakeA-Wish (Malaysia) dengan kerjasama Prasarana, di sini, semalam.

Turut menyertai program itu ialah bapanya, Mohd Amir Mohd Azir, 37 dan adik-beradiknya Ahmad Wafiq, 9, dan Ahmad Waseem Kaisy, 4 serta sukarelawa­n terlibat.

Menurut Sazrina, kerana keterujaan­kepadatren,Ahmad Wazif turut menggunaka­n MRT sebagai pengangkut­an utama ke hospital bagi mendapatka­n rawatan susulan.

“Setiap kali menjalani rawatan susulan di hospital, Ahmad Wazif akan menaiki MRT. Keadaan itu membuatkan­nya rasa teruja dan gembira bahkan tidak sekalipun dia akan menangis walaupun dicucuk jarum,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish (Malaysia), Irene Tan berkata pihaknya merencana pelbagai program berkaitan tren buat Ahmad Wazif termasuk akan melawat depoh tren, hari ini.

“Hari ini (semalam), dia menaiki semua tren - MRT, LRT dan monorel. Esok (hari ini), kami akan membawanya melawat ke depoh utama tren. Dia nampak sangat gembira. Kami bertemu pada Mei lalu selepas diperkenal­kan oleh seorang doktor. Sebagaiman­a adik Wazif gembira, kami juga gembira kerana dapat menunaikan impiannya,” kata beliau.

Sehingga hari ini, Make A Wish (Malaysia) telah menunaikan 557 impian sejak mula aktif di negara 10 tahun lepas dan mengharapk­an lebih banyak kesedaran dan sokongan dapat dipupuk selepas ini.

 ??  ?? — Gambar Bernama
GEMBIRA: Pesakit leukemia Ahmad Wazif memasuki terminal monorel Imbi sempena meraikanny­a dengan menaiki Transit Aliran Massa (MRT)/Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Pesakit leukemia Ahmad Wazif memasuki terminal monorel Imbi sempena meraikanny­a dengan menaiki Transit Aliran Massa (MRT)/Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd Mohd Ariffin Idris (kanan) mendukung Ahmad Wazif sempena meraikan Ahmad Wazif dengan menaiki Transit Aliran Massa (MRT)/Transit Aliran Ringan (LRT).
— Gambar Bernama TERUJA: Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd Mohd Ariffin Idris (kanan) mendukung Ahmad Wazif sempena meraikan Ahmad Wazif dengan menaiki Transit Aliran Massa (MRT)/Transit Aliran Ringan (LRT).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia