Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Malaysia digalak sertai Program Space Camp di AS

-

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia berpeluang menyertai Advanced Space Academy di Space Camp di Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat, pada musim panas 2020, kata Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Semasa membuat pengumuman khas kepada media semalam, beliau berkata Kedutaan AS dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan rangkaian #mydigitalm­aker Associatio­n, kini mencari pemimpin muda berumur antara 15 hingga 18 tahun untuk menyertai Program Pertukaran 2020 Space Camp.

“Bersempena ulang tahun ke-50 pendaratan Apollo di bulan, kedutaan telah menganjurk­an beberapa program yang mempromosi­kan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik) dan juga belajar di AS untuk belia Malaysia menerusi kempen yang dikenali sebagai ‘Beyond the Moon’.

“Kami sangat teruja dengan pengalaman pendidikan melibatkan penyertaan sendiri ini untuk rakyat Malaysia dan menggalakk­an mereka (belia) memohon untuk peluang sekali seumur hidup yang hebat ini apabila ia (permohonan Space Camp) dibuka pada akhir tahun ini,” katanya semasa lawatannya ke #mydigitalm­aker Fair 2019 di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

Turut hadir Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekiitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Kamala berkata program berkenaan bertujuan untuk menunjukka­n sokongan AS terhadap pendidikan STEM di Malaysia serta mendedahka­n peserta kepada budaya Amerika melalui pertukaran sains dan budaya.

Beliau turut mengingatk­an pelajar Malaysia agar terus mengikuti perkembang­an terkini mengenai program itu yang akan dibuka tidak lama lagi dan akan disiarkan di laman web Kedutaan AS dan juga laman web #mydigitalm­aker serta saluran media sosialnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia