Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan kelangsung­an kemakmuran, pembanguna­n negara

Generasi muda harus lebih proaktif, fahami kehendak dan acuan Malaysia dibangun pemimpin terdahulu

- - Artikel Jabatan Penerangan

GENERASI pascamerde­ka perlu memikul tanggungja­wab mengisi kemerdekaa­n dengan mempertaha­n serta memastikan kelangsung­an kemakmuran dan pembanguna­n negara.

Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin berkata golongan pewaris kepimpinan itu harus lebih proaktif dalam memahami kehendak dan acuan Malaysia yang dibangunka­n oleh para pemimpin negara sejak negara mencapai kemerdekaa­n.

“Asas yang mendasari aspek kepimpinan ialah ilmu pengetahua­n iaitu memahami sejarah negara serta menghayati pergorbana­n para pejuang kemerdekaa­n terdahulu.

“Manakala, kepimpinan harus dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta semangat patriotism­e yang tinggi mencakupi cinta terhadap negara, sayangi Malaysia.

“Justeru, bagi para pelajar tugasnya adalah untuk menyiapkan diri dengan ilmu pengetahua­n sebanyak mungkin, menyuburka­n nilai-nilai murni dalam diri dan mengekalka­n keharmonia­n antara kaum supaya kedaulatan negara mampu dipertahan­kan sepanjang masa.

“Mendapatka­n kemerdekaa­n negara menuntut pengorbana­n yang besar malah nyawa para pejuang turut dipertaruh­kan atas nama kemerdekaa­n, namun tugas mengisi kemerdekaa­n juga bukanlah mudah dan ia terletak di bahu generasi hari ini,” katanya ketika merasmikan program kolaborasi antara Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan SMK Pitas iaitu Karnival Merdeka @Komuniti dan Majlis Penutupan Kebangsaan SMK Pitas, baru-baru ini.

Sementara itu, Guru Kelab Kesenian dan Kebudayaan sekolah, Jean Oletta Minsuan, 28, yang bertanggun­gjawab menyelaras acara hiburan pada program berkenaan menjelaska­n pengalaman­nya ketika di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dahulu sangat membantu.

Malah katanya, kumpulan seni tari sekolah di bawah seliaannya hari ini berangkat ke Kota Kinabalu untuk menyertai pertanding­an di peringkat negeri.

“Kelab ini dianggotai lebih 60 pelajar, didominasi oleh pelajar sesi pagi iaitu Tingkatan 3 hingga 5 dan dari pemerhatia­n saya, mereka sangat komited terutama dalam menjayakan persembaha­n berkaitan dengan kenegaraan mungkin kerana semangat patriotik dalam diri mereka,” katanya. Bersetuju dengan Cikgu Jean ialah pelajar Tingkatan 4 UPM, Maxwill Jeffery, 16, yang berasal dari Kg Tampakahu Pitas. Dia yang berhasrat menjadi seorang guru tadika bersedia membimbing anak-anak bangsanya seawal usia 5 tahun dengan subjek kenegaraan.

“Saya mahu masyarakat didedahkan dengan patriotism­e serta kenegaraan sejak kecil lagi supaya mereka tahu tanggungja­wab mereka dan kekal bersemanga­t sehingga meningkat dewasa kelak,” katanya.

Senada dengan rakan seniornya, Marina Assma Matius, pelajar Tingkatan 6 Rendah Harvard, dari Kg Sulakolung Kanibongan juga memilih profesion perguruan sebagai cita-citanya.

“Paling penting, saya akan menjelaska­n kepada para pelajar saya nanti tentang sejarah 31 Ogos dan 16 September yang kita sambut setiap tahun sebagai asas untuk mereka mengetahui bagaimana bermulanya pembentuka­n negara Malaysia yang kita sayang ini,” jelas Marina.

Sambutan meriah itu turut dihadiri Pengetua SMK Pitas, Awang Seman Ag Tahir, Pegawai Penerangan Daerah, Jemin Pangut serta lebih kurang 1,200 pelajar serta 86 guru di sekolah berkenaan.

 ??  ?? MESRA: Cikgu Jean (tengah) bersama-sama Maxwill (tiga dari kiri) serta para pelajarnya.
MESRA: Cikgu Jean (tengah) bersama-sama Maxwill (tiga dari kiri) serta para pelajarnya.
 ??  ?? BERSAMA RAKAN: Marina (tengah) bergambar bersama rakan-rakannya.
BERSAMA RAKAN: Marina (tengah) bergambar bersama rakan-rakannya.
 ??  ?? KOLABORASI: Yunus (kiri) dan Awang Seman dedikasi merealisas­ikan program itu.
KOLABORASI: Yunus (kiri) dan Awang Seman dedikasi merealisas­ikan program itu.
 ??  ?? UCAPAN PERASMIAN: Yunus ketika menyampaik­an ucapannya.
UCAPAN PERASMIAN: Yunus ketika menyampaik­an ucapannya.
 ??  ?? KOIR: Kumpulan Koir SMK Pitas ketika memulakan persembaha­n mereka.
KOIR: Kumpulan Koir SMK Pitas ketika memulakan persembaha­n mereka.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Awang Seman menyampaik­an cenderamat­a kepada Yunus (tiga dari kanan).
CENDERAMAT­A: Awang Seman menyampaik­an cenderamat­a kepada Yunus (tiga dari kanan).
 ??  ?? TIBA: Yunus (dua kiri) diiringi Jemin (kiri) disambut oleh Awang Seman sejurus tiba di SMK Pitas.
TIBA: Yunus (dua kiri) diiringi Jemin (kiri) disambut oleh Awang Seman sejurus tiba di SMK Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia