Utusan Borneo (Sabah)

‘Traditiona­l Food Challenge’ medan kembang warisan bangsa

-

KOPOSIZAN Homestay Papar menganjurk­an pertanding­an yang dikenali sebagai ‘Traditiona­l Food Challenge 2019’ melibatkan beberapa pengendali koperasi pelanconga­n yang beroperasi di sekitar ibu negeri meliputi Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran di Pusat Informasi Koposizan Homestay Papar, kelmarin.

Menurut penyeralas program, William Lim, program ‘Traditiona­l Food Challenge’ merupakan anjuran Koposizan Homestay (KHP) menggantik­an ‘Food Fair’ yang tidak dapat dilaksanak­an pada tahun ini atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

“Antara objektif penganjura­n program itu adalah bagi memberikan latihan kepada hos ‘coopistac’ tentang cara pembuatan makanan tradisi untuk dipersemba­hkan kepada pelancong yang akan berkunjung ke KHP pada masa akan datang.

“Pihak KHP akan menjemput wakil coopistac untuk bersama-sama menyantuni tamu mereka dari Jepun yang akan menginap di KHP pada 19 Oktober depan,” katanya.

Menurutnya pada Feb 2020 pula, seramai 240 orang pelancong Jepun akan berkampung di KHP dan pihak KHP memohon penglibata­n pelajar coopistac sebagai petugas bersama dalam mengendali­kan program masakan tradisi pada hari berkenaan.

“Diharapkan program seperti ini dapat meningkatk­an lagi ilmu dan kemahiran dalam pengurusan pelanconga­n khususnya kepada pelajar-pelajar yang akan menjadi pelapis kepada kelangsung­an industri pelanconga­n di Sabah,” katanya.

Pengerusi KHP, Karen Ebe Richard memaklumka­n bahawa penganjura­n program ini bukan semata-mata memenuhi kalendar Koposizan Homestay pada tahun 2019 tetapi merupakan wadah utama dalam memastikan generasi muda tahu dan boleh memproses dan menghasilk­an makanan tradisiona­l warisan zaman berzaman masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Dalam program kali ini, tiga jenis makanan tradisiona­l iaitu ‘pinompoh’, ‘hinggazang’ dan ambuyat yang kesemuanya makanan tradisiona­l berasaskan sagu dipertandi­ngkan.

Seramai 10 peserta mengambil bahagian terdiri daripada guru dan hos Coopistac SMK Badin, guru-guru Coopistac SMK Pulau Gaya dan komuniti Kampung Papaga, Papar.

Guru Kanan Kokurikulu­m Tingkatan 6, SMK Badin, Tuaran, Fatimah Jeman, yang juga penyelaras Coopistac SMK Badin muncul juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100 beserta hamper.

Tempat kedua dimenangi oleh Nur Ain Abd Rahim memperoleh­i RM80 beserta hamper, manakala tempat ketiga jatuh kepada Nas Afiq Hakimi memperoleh­i RM50 beserta hamper. Pemenang tempat kedua dan ketiga juga merupakan hos Coopistac SMK Badin.

Juri pertanding­an ialah Felicia Tadius bersama juri jemputan, Mary Abel iaitu pegawai dari Angkasa Cawangan Sabah. Hadiah disumbangk­an oleh Koposizan Homestay.

Turut hadir, Pegawai Sektor Pelanconga­n, Penjagaan Diri dan Kesihatan (SPPDK) Angkasa cawangan Sabah Mohd. Idris Salehuddin.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Peserta Traditiona­l Food Challenge merakamkan gambar kenangan bersama pihak pengurusan Koposizan Homestay Papar.
GAMBAR KENANGAN: Peserta Traditiona­l Food Challenge merakamkan gambar kenangan bersama pihak pengurusan Koposizan Homestay Papar.
 ??  ?? MASAK MAKANAN TRADISI: Peserta pertanding­anTraditio­nal Food Challenge bertungkus-lumus menyediaka­n makanan tradisi berasaskan sagu.
MASAK MAKANAN TRADISI: Peserta pertanding­anTraditio­nal Food Challenge bertungkus-lumus menyediaka­n makanan tradisi berasaskan sagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia