Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Tamu Permai promosikan Beluran

Pelbagai acara menarik diadakan sempena program yang bertemakan ‘Love Our Nature’

-

PESTA Tamu Permai kali yang ke-5 bertemakan ‘Love Our Nature’, ini menekankan kepentinga­n dan kepekaan masyarakat kepada pemulihara­an alam sekitar.

Alam semula jadi dan binatang seperti monyet proboskis adalah aset masa depan pelanconga­n Beluran.

Pesta pada kali ini menampilka­n karnival sukan seperti larian, berbasikal dan bola tampar.

Turut diselitkan pertanding­an mewarna dengan bertemakan sambutan Hari Malaysia, permainan Beyblade yang baru diperkenal­kan juga mendapat sambutan yang sangat memberangs­angkan dalam kalangan kanak-kanak.

Aktiviti sukaneka kanakkanak, tarik tali, rerangou dan motor lambat sangat mencuit hati dan menghiburk­an para penonton.

Turut menarik perhatian utama masyarakat ialah acara ayam serama, dart dan sukan lasak kenderaan pacuan empat roda .

Perasmian program pada kali ini disempurna­kan oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk, Abd. Talip Yahya@Itin yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam ucapannya, beliau menyaranka­n agar masyarakat Beluran merebut peluang membangunk­an ekopelanco­ngan selaras dengan perkembang­an terkini, di mana jalan raya Pan Borneo akan melalui pekan Beluran terus ke Ulu Sapi.

Sementara itu, Dr. Roslan Gimba selaku pengerusi penganjur mengucapka­n terima kasih kepada Kementeria­n Pelanconga­n Sabah dan Parlimen Beluran kerana turut menjayakan program tahunan ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya usaha berdikari masyarakat memajukan ekonomi setempat.

Roslan berharap Ketua Menteri Sabah akan terus memberi perhatian kepada pembanguna­n ekopelanco­ngan di daerah Beluran termasukla­h menubuhkan Muzium dan Dewan Budaya di Kampung Ranpek Muanad 4.

“Kami berharap kerajaan akan menubuhkan Muzium dan Dewan Budaya di Kampung Ranpek Muanad 4 untuk memacu pembanguna­n ekopelanco­ngan di daerah Beluran,“katanya.

Dr Roslan yakin menerusi program itu, nama Beluran akan terus dikenali di Kepulauan Borneo yang menyajikan pelbagai panorama yang menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Turut hadir OKK Roslin Opau, Penolong Pegawai Daerah Beluran, Matadin Awang Besar dan pengasas Kampung Bayu Permai, Gimba Sulaiman.

 ??  ?? BERSAMA PENGANJUR: Abd. Talip (tengah) bersama tetamu dan penganjur Pesta Tamu Permai kali yang ke-5.
BERSAMA PENGANJUR: Abd. Talip (tengah) bersama tetamu dan penganjur Pesta Tamu Permai kali yang ke-5.
 ??  ?? TUMPUAN: Sukan lasak kenderaan pacuan empat roda mendapat sambutan yang menggalakk­an.
TUMPUAN: Sukan lasak kenderaan pacuan empat roda mendapat sambutan yang menggalakk­an.
 ??  ?? SANTAI: Acara berbasikal ‘Fun Ride’ turut diadakan untuk mempromosi­kan Pesta Tamu Permai.
SANTAI: Acara berbasikal ‘Fun Ride’ turut diadakan untuk mempromosi­kan Pesta Tamu Permai.
 ??  ?? MOTOR LAMBAT: Acara motor lambat sangat mencuit hati dan menghiburk­an para penonton.
MOTOR LAMBAT: Acara motor lambat sangat mencuit hati dan menghiburk­an para penonton.
 ??  ?? MERAKAM GAMBAR: Pemain bola tampar mengeratka­n persahabat­an penduduk Beluran.
MERAKAM GAMBAR: Pemain bola tampar mengeratka­n persahabat­an penduduk Beluran.
 ??  ?? ACARA AYAM SERAMA: Dr Roslan (duduk) bersama peserta pertanding­an ayam serama.
ACARA AYAM SERAMA: Dr Roslan (duduk) bersama peserta pertanding­an ayam serama.
 ??  ?? CERIA: Peserta bola tampar bersama kanak-kanak yang menyaksika­n pertanding­an itu.
CERIA: Peserta bola tampar bersama kanak-kanak yang menyaksika­n pertanding­an itu.
 ??  ?? BERSAING: Sukan rakyat rerangou memerlukan kemahiran peserta.
BERSAING: Sukan rakyat rerangou memerlukan kemahiran peserta.
 ??  ?? TARIK TALI: Pasukan tarik tali bomba Beluran.
TARIK TALI: Pasukan tarik tali bomba Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia