Utusan Borneo (Sabah)

Watford bangkit ikat Arsenal 2-2 pada aksi liga di Vicarage Road

-

LONDON, England: Arsenal mensia-siakan pendahulua­n dua gol sebelum Watford mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan pertama penggal kedua jurulatih Watford, Quique Sanchez Flores di Vicarage Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Flores kembali ekoran pemecatan Javi Garcia selepas empat perlawanan liga musim ini dan keadaan kelihatan tidak berubah untuk kelab apabila Pierre-Emerick Aubameyang menjaringk­an dua gol untuk Arsenal dalam separuh masa pertama.

Tom Cleverley merapatkan kedudukan pada minit ke-53 selepas kekeliruan di benteng pertahanan Arsenal sebelum Watford mengikat kedudukan pada minit ke-81 apabila Roberto Pereyra menyempurn­akan satu tendangan penalti ekoran kekasaran dilakukan oleh David Luiz.

Watford hampir menjaringk­an gol kemenangan apabila rembatan Gerard Deulofeu sedikit tersasar sebelum cubaan Abdoulaye Doucoure pada minit kecederaan ditepis penjaga gol Arsenal, Bernd Leno.

Kemenangan akan meletakkan Arsenal ke tangga ketiga tetapi akhirnya mereka terpaksa akur di tempat ketujuh bersama beberapa kelab yang berkongsi lapan mata.

Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata pasukannya bergelut menangani permainan lasak Watford.

“Mereka lebih kuat berbanding kami, jadi kami mahu melepasi asakan dari tengah padang dan mengumpan bola kepada Mesut Ozil seperti yang kami lakukan dari gol pertama,” kata beliau.

“Kami mempunyai pemain muda, yang berusaha meningkatk­an prestasi dan akan mendapat pengalaman dari perlawanan seperti ini. Kami boleh meningkat dan belajar dari kesilapan ini.”

Watford masih memburu kemenangan pertama liga mereka musim ini dan kekal di tangga terbawah liga.

Watford bermula dengan memberangs­angkan tetapi tersentak apabila Aubameyang menghukum mereka dengan dua gol dalam tempoh 11 minit.

Pada minit ke-21, beliau menerima umpanan Sead Kolasinac untuk menewaskan penjaga gol Ben Foster.

Beliau menambah jaringan selepas satu gerakan melibatkan 20 hantaran dan Arsenal kelihatan di landasan untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Namun mereka memberikan ‘semangat’ kepada pasukan tuan rumah apabila pemain pertahanan­nya, Sokratis Papastatho­poulos hilang bola kepada Gerard Deulofeu sebelum melakukan umpanan yang disempurna­kan Cleverly.

Gol itu menghilang­kan keyakinan Arsenal dan mereka mula bermain secara bertahan dan Luiz menghadiah­kan penalti apabila mengasari Pereyra dalam kotak penalti.

“Saya berasa sangat gembira dengan prestasi pemain,” kata Sanchez Flores. “Kami mengutip satu mata dari pasukan yang sangat kuat.

“Ia bagus untuk keyakinan pasukan.”

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Pemain Watford, Ismaila Sarr diasak hebat oleh dua pemain Arsenal, goal David Luiz dan Ainsley Maitland-Niles ketika bersaing pada perlawanan liga di Vicarage Road, Watford kelmarin.
— Gambar Reuters SENGIT: Pemain Watford, Ismaila Sarr diasak hebat oleh dua pemain Arsenal, goal David Luiz dan Ainsley Maitland-Niles ketika bersaing pada perlawanan liga di Vicarage Road, Watford kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia