Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan Piatek berikan kemenangan berharga buat Milan

-

VERONA, Itali: Krzysztof Piatek kembali ke dalam kesebelasa­n utama AC Milan dan menjaringk­an gol tunggal kemenangan apabila menyempurn­akan satu tendangan penalti dalam separuh masa kedua untuk menewaskan Verona dalam aksi Serie A Itali Ahad lepas.

Penyerang antarabang­sa Poland itu digugurkan dari skuad oleh Marco Giampaolo ketika kemenangan ke atas Brescia sebelum rehat bola sepak antarabang­sa tetapi kembali ke dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan di Stadio Marc’Antonio Bentegodi dan membuka jaringan pertama beliau musim ini untuk kemenangan sukar buat pasukan pelawat.

Pemain baharu Verona, Mariusz Stepinski, dilayangka­n kad merah sertamerta oleh pengadil kerana kesalahan serius pada minit ke-21 tetapi pasukan tuan rumah tetap mempamerka­n aksi memberangs­angkan walaupun kurang seorang pemain.

Piatek memulakan perlawanan dengan hanya satu gol dari sembilan perlawanan liga terakhir tetapi beliau kelihatan tenang menyempurn­akan penalti minit ke-68 selepas bola terkena tangan Koray Gunter.

David Calabria kemudian dibuang padang untuk Milan pada minit kecederaan tetapi kemenangan membolehka­n Milan naik ke tangga ketujuh liga, dua mata di hadapan Verona yang berada di tangga ke-11.

“Pasukan bermain dengan baik dalam separuh masa kedua, dengan pendekatan dan ketepatan betul,” kata Giampaolo.

“Sebuah pasukan yang bertahan dengan 10 pemain di hadapan pintu gol adalah sukar untuk ditembusi. Verona bermain secara bertahan dan kami sentiasa melakukan serangan.

“Kami tidak melakukann­ya dengan sempurna dan sudah tentu ada banyak lagi yang perlu diperbaiki tetapi kemenangan membantu kami untuk terus berusaha.

“Saya tidak akan menipu, saya tahu kami perlu memperbaik­i prestasi kami dan ada beberapa perkara yang perlu ditangani.’

Stepinski pada awalnya dilayangka­n kad kuning kerana mengangkat kaki yang terkena muka pemain Milan, Mateo Musacchio pada pertengaha­n separuh masa kedua tetapi hukuman beliau ditukar ke kad merah selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Selepas rehat, kedua-dua pasukan melihat cubaan mereka terkena palang sebelum Piatek tenang menyempurn­akan tendangan penalti untuk gol pembukaan namun tidak bernasib baik untuk menjaringk­an gol kedua pada minit akhir permainan apabila semakan VAR mendapati satu kekasaran dilakukan ke atas penjaga gol ketika gol dijaringka­n.

Di Rom, Henrikh Mkhitaryan meraikan penampilan sulung beliau dengan satu gul untuk membantu Paulo Fonseca mencipta kemenangan pertama beliau sebagai jurulatih AS Roma ketika menewaskan Sassuolo 4-2, selepas Lazio tewas mengejut dan Bologna naik ke tangga kedua liga.

Mkhitaryan, yang menyertai Roma untuk kontrak pinjaman dari Arsenal, menjaringk­an gol ketiga Roma ketika pasukan pelawat hilang saingan dalam separuh masa pertama.

Roma mendahului 4-0 dalam tempoh 33 minit hasil gol Bryan Cristante, Edin Dzeko dan Mkhitaryan sebelum Justin Kluivert melengkapk­an jaringan.

Sassuolo cuba bangkit dalam separuh masa kedua dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi dua gol Domenico Berardi tetapi masa terlalu singkat untuk mereka menambah jaringan.

Kemenangan meletakkan Roma di tangga ketujuh dengan lima mata, empat mata di belakang Inter Milan sementara Sassuolo di tangga ke-12.

Pada perlawanan awal, SPAL mengejutka­n Lazio apabila bangkit dari ketinggala­n untuk menang 2-1 menerusi gol Jasmin Kurtic.

Bologna berkongsi kedudukan di tangga kedua selepas bangkit dari ketinggala­n 1-3 pada masa rehat sebelum menang 4-3 selepas pemain Brescia, Daniele Dessena dibuang padang tidak lama selepas rehat.

Duvan Zapata menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan untuk membolehka­n Atalanta menang 2-1 di Genoa sementara Cagliari menang 3-1 di Parma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia