Utusan Borneo (Sabah)

TENTUKAN ‘KEUTAMAAN’ PERBELANJA­AN

Kewangan negara mesti dibelanja dengan bijak, kata PM

-

KOTA KINABALU: Kewangan negara mesti dibelanja secara bijak dengan menentukan ‘keutamaan’, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau sebab itu ada perbelanja­an yang lain, yang mungkin akan dikurangka­n.

“Negara mempunyai hutang RM1 trilion dan kalau tidak dibayar akan bangkrap.

“Banyak kutipan hasil negara diguna untuk membayar hutang diambil oleh Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), itulah peninggala­n Najib,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah di sini, semalam.

Beliau ditanya pemberita mengenai komitmen kerajaan persekutua­n terhadap Sabah yang memerlukan dana dari kerajaan persekutua­n untuk melaksanak­an pembanguna­n.

Perdana Menteri berkata Sabah bukan negeri yang miskin, dan negeri yang miskin adalah Perlis serta Kedah.

“Sabah adalah sebuah negeri paling kaya dalam negara, sebaik sahaja ia terlibat dengan cari gali minyak di laut dalam,” katanya

Pada majlis itu, Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut mengadakan perjumpaan dengan pimpinan BERSATU Sabah, KetuaKetua Armada dan Srikandi Bahagian.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ia adalah antara program Perdana Menteri pada lawatan sehari di Sabah, dan terdahulu beliau mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Menteri Kabinet Negeri di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah di sini.

Beliau tiba di sini pagi semalam dari Kuching, Sarawak selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia malam kelmarin dan balik ke ibu negara petang semalam.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Tun Mahathir menurunkan tandatanga­n pada buku lawatan di pejabat Ketua Menteri sempena lawatan ke PPNS, sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta beberapa anggota jemaah menteri Kabinet Negeri semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Tun Mahathir menurunkan tandatanga­n pada buku lawatan di pejabat Ketua Menteri sempena lawatan ke PPNS, sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta beberapa anggota jemaah menteri Kabinet Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia