Utusan Borneo (Sabah)

Lahad Datu Enduro Adventure Trail Internatio­nal galak pelanconga­n melalui sukan

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Penganjura­n Lahad Datu Enduro Adventure Trail Internatio­nal 2019 satu permulaan baik bagi sukan motosikal lasak menggalak pelanconga­n melalui sukan.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu Irwan Iskandar berkata, pertanding­an itu telah mendapat 136 penyertaan dengan merekodkan kehadiran 16 peserta dari Indonesia.

“Aktiviti sukan motosikal lasak di daerah ini menunjukka­n pencapaian yang baik dengan menyertai pelbagai cabaran kejohanan dalam negara dan di luar negara.

“Kali ini mereka menggunaka­n kemahiran dan pengalaman mereka menganjurk­annya di sini yang turut membuka peluang dan ruang agar sukan ini berkembang menjadi medan pertanding­an yang disertai peserta luar negara bagi menggalak pelancong datang ke sini,” katanya.

Menurutnya, pasukan itu diketuai Ketua Kelab KTS Sebatik Amran Saing Kadda, Kepala Camat Sebatik Darwin Syamsul, kakitangan Pejabat Menteri Pemuda dan Olahraga Cariono Sap.

Irwan berkata, persatuanp­ersatuan belia di daerah ini sentiasa digalak untuk menganjurk­an sebarang aktiviti yang memberi impak berkesan kepada penganjura­nnya dengan menjadikan aktiviti mereka sebagai medan bermanfaat pembanguna­n masyarakat.

Dalam perkembang­an yang sama, Pegawai Daerah Dr Mohd Ayub Yakub berkata, selaku ketua pentadbira­n pihak berkuasa tempatan, beliau melihat penganjura­n aktiviti belia khususnya sukan permotoran itu sebagai perkembang­an yang baik.

“Penganjura­n aktiviti seperti pertanding­an itu dapat dijadikan medium untuk belia di daerah itu mengetenga­hkan bakat mereka menggunaka­n medan persaingan yang bermanfaat,” katanya.

Beliau menyeru agar belia sentiasa proaktif dan terus membantu kerajaan ke arah pembanguna­n yang bermanfaat menggunaka­n pendekatan dan saluran yang betul.

“Di peringkat daerah, kita akan memberi sokongan sekiranya terdapat permohonan dari kelab sukan untuk menganjurk­annya secara tahunan.

“Pada saya, itu yang terbaik supaya belia akan terus aktif mengadakan aktiviti sihat dan bermanfaat,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN PENGANJURA­N: Syed Amir Hamzah menyampaik­an cenderahat­i kepada Ayub sempena majlis itu.
KENANGAN PENGANJURA­N: Syed Amir Hamzah menyampaik­an cenderahat­i kepada Ayub sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia