Utusan Borneo (Sabah)

Kondominiu­m Kingfisher Sandakan tawar promosi tiga bonus kepada pembeli

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Kondominiu­m Kingfisher Sandakan, sebuah projek perumahan oleh Hap Seng, kini menawarkan promosi bonus dengan nilai jimat sehingga RM118,000 kepada para pembeli.

Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Properties John Tan dan Timbalan Pengurus Besar Caroline Yong memberitah­u ia adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah kerana kerajaan bukan sahaja menawarkan skim MyHome kepada pembeli, malah terdapat satu lagi skim boleh dinikmati iaitu Kempen Pemilikan Rumah 2019.

Selain itu, Hap Seng Properties turut menawarkan pakej promosi jualan eksklusif pada tahun ini untuk membolehka­n lebih ramai orang muda memiliki rumah.

Pada 22 Ogos yang lepas, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumka­n bahawa pembayaran balik pinjaman perumahan telah dipanjangk­an kepada 40 tahun berbanding 35 tahun pada asalnya.

Berikutan itu, bayaran balik pinjaman bulanan telah berkurang 20 peratus dan ia membolehka­n pembeli memiliki rumah dengan lebih mudah.

Sebagai tambahan, Bank Negara Malaysia telah mengumumka­n penambahba­ikan kepada RM1 bilion dana bagi rumah mampu milik, yang bertujuan membantu pembeli dari kumpulan berpendapa­tan rendah untuk memiliki rumah pertama berkuatkua­sa 1 September, baru-baru ini.

Dengan membeli rumah bersama Hap Seng, ia membolehka­n pembeli menikmati tiga bonus iaitu subsidi skim MyHome bernilai RM30,000, diikuti Kempen Pemilikan Rumah 2019 selain tawaran tambahan rebat jualan sebanyak RM10,000 daripada Hap Seng.

Bagi skim MyHome 1.0, pembeli mestilah merupakan pembeli rumah pertama, warganegar­a Malaysia, berumur 21 tahun dan ke atas, pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000 dan nilai harta belian tidak melebihi RM300,000.

Sehingga kini, Kementeria­n Kerajaan dan Perumahan Tempatan (KPKT) telah mengesahka­n sejumlah 762 unit rumah Hap Seng Properties (Sabah) bagi skim MyHome 1.0 dan MyHome 2.0.

Ia termasuk Apartment Bandar Sri Indah South Ville, Kondominiu­m Kingfisher Sandakan, teres dua tingkat Bandar Sri Indah Phase 5H dan 5I, teres satu tingkat Ria Heights Phase 2A dan 2B serta Kondominiu­m Kingfisher Inanam dan Kingfisher Putatan.

Kesemua tujuh projek ini telah terpilih berikutan perkembang­an pembinaann­ya melebihi 60 peratus seperti yang diperlukan oleh KPKT.

Sebagai tambahan, Taman Ria Heights, Taman Bandar Sri Indah dan Kingfisher Inanam Fasa 1 dijangka akan menerima OC pada penghujung tahun ini.

Sejak Hap Seng Properties mendapat kelulusan bagi MyHome 2.0 pada Ogos 2019, mereka telah menerima sebanyak 99 permohonan pada akhir bulan itu.

Sementara, bonus kedua adalah Kempen Pemilikan Rumah 2019 yang mana pembeli boleh menerima rebat 10 peratus daripada pemaju dan duti setem percuma daripada Memorandum of Transfer. Kempen ini hanya sah sehingga 31 Disember tahun ini.

Manakala, bonus ketiga adalah ditawarkan oleh Hap Seng yang mana ia melibatkan tambahan rebat jualan sebanyak RM10,000, yuran penyelengg­araan percuma untuk dua tahun, percuma dua tempat letak kereta bagi setiap unit serta yuran guaman dan yuran pembayaran SPA adalah percuma selain dokumentas­i pinjaman diberikan oleh Hap Seng.

Kingfisher Sandakan adalah kondominiu­m yang direka dengan pelbagai kemudahan moden. Lokasi Kingfisher Sandakan jauh sedikit dari jalan utama, Jalan Utara, bagaimanap­un kondominiu­m itu terletak berhampira­n dengan kemudahan utama.

Ia terletak berhampira­n sekolah rendah dan menengah, pasar basah, hospital, pasaraya dan taman berhampira­n. Ia juga hanya mengambil masa 5 minit ke pusat bandar dan 10 minit ke Batu 4 dan 15 minit ke lapangan terbang.

Pembanguna­n kondominiu­m Kingfisher Sandakan merangkumi kawasan seluas 15.3 ekar dengan empat bangunan utama, terletak di kawasan tinggi dengan pemandanga­n hijau dan lautan.

Kondominiu­m itu menawarkan 792 unit, dengan tujuh pelan susun atur yang berbeza dari keluasan 752 kaki persegi hingga 1,229 kaki persegi.

Untuk sebarang maklumat atau mengetahui dengan lebih lanjut tawaran istimewa daripada Hap Seng boleh menghubung­i talian 089-236255.

 ??  ?? PROMOSI: Risalah promosi yang ditawarkan di Kondominiu­m Kingfisher Sandakan.
PROMOSI: Risalah promosi yang ditawarkan di Kondominiu­m Kingfisher Sandakan.
 ??  ?? TINJAU: John (lima kanan) bersama kakitangan Hap Seng meninjau sekitar tapak pembinaan Kondominiu­m Kingfisher Sandakan.
TINJAU: John (lima kanan) bersama kakitangan Hap Seng meninjau sekitar tapak pembinaan Kondominiu­m Kingfisher Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia