Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 10,000 banjiri Kilapi Rampayan Laut raikan Hari Merdeka

-

KOTA BELUD: Lebih 10,000 orang membanjiri Dewan Sri Dungkuan Kilapi Kampung Rampayan Laut bagi menghadiri Majlis Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sabah Melalui Penubuhan Malaysia yang dirasmikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kehadiran Anwar pada majlis anjuran USBO dan beberapa NGO lain itu ternyata memberikan harapan baharu kepada rakyat Bumiputera Islam di negeri ini.

Presiden Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut menyifatka­n Anwar sebagai pemimpin paling layak atau ‘the last samurai’ untuk menerajui kepimpinan negara selepas Tun Mahathir.

Dalam majlis itu, beliau yang mewakili USBO turut menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

Ketika menzahirka­n sokongan itu, Pandikar berkata keputusan menyokong penuh kepimpinan Anwar itu dibuat selepas mengambil kira persekitar­an politik masa kini.

“Kita menyokong bukan disebabkan mahukan jawatan atau apa-apa imbuhan tetapi kerana kita yakin Anwar mampu menyatupad­ukan seluruh rakyat di negara ini,” katanya.

USBO dianggotai oleh golongan Bumiputera Islam seperti Bajau, Ubian, Melayu, Iranun dan Suluk serta etnik Bumiputera yang lain di negeri ini.

Pandikar menyifatka­n Anwar sebagai ‘Samurai Terakhir’ yang mampu menyetarak­an antara Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Kami merasakan bahawa kami setaraf dengan Semenanjun­g, jadi itu tanggungja­wab anda (Anwar), sebab itulah saya kata anda adalah samurai terakhir untuk mempertaha­nkannya,” katanya dalam ucapan alualuanny­a. Turut hadir dalam majlis itu ialah mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, Timbalan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Mustapha Sakmud, Ketua Daerah Kota Belud OKK Datu Asal Datu Arifin dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul

Sementara itu, Penasihat USBO Datuk Seri Dr Salleh Tun Said menyifatka­n Anwar di landasan betul untuk menyelamat­kan Malaysia “kerana bagi kita paling bahaya adalah Malaysia (dilanda) politik pelampau yang boleh menghancur­kan negara.”

Dalam ucapan balasnya, Anwar gembira sokongan padu yang dizahirkan oleh USBO terhadap kepimpinan beliau.

Walaupun program berkenaan lebih bersifat acara kebudayaan anjuran NGO tetapi sokongan itu amat bermakna.

“Saya agak terkesan kerana mereka memberikan sokongan kepada saya dan apa yang kita bincangkan pada hari ini (semalam) hanya mengenai kebudayaan dan tiada perbincang­an mengenai politik,” katanya kepada pemberita.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk membawa landskap politik baharu yang memikirkan rakyat dan menunjukka­n teladan yang baik,” tambahnya.

Program itu diserikan dengan pelbagai persembaha­n dan acara kebudayaan, pembacaan puisi, isun-isun, pantomin, cabutan tiket bertuah dan penyampaia­n anugerah.

 ??  ?? PEMIMPIN: Antara pemimpin yang hadir dalam majlis itu.
PEMIMPIN: Antara pemimpin yang hadir dalam majlis itu.
 ??  ?? DISAMBUT: Anwar diiringi Pandikar dan Salleh ketika tiba di majlis itu.
DISAMBUT: Anwar diiringi Pandikar dan Salleh ketika tiba di majlis itu.
 ??  ?? TAHNIAH: Anwar mengucapka­n tahniah kepada Sirhajwan.
TAHNIAH: Anwar mengucapka­n tahniah kepada Sirhajwan.
 ??  ?? TERUJA: Anwar teruja dengan lukisan yang dihadiahka­n kepadanya.
TERUJA: Anwar teruja dengan lukisan yang dihadiahka­n kepadanya.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Anwar menerima cenderamat­a daripada Salleh.
CENDERAMAT­A: Anwar menerima cenderamat­a daripada Salleh.
 ??  ?? UNGGUL: Anwar menyampaik­an anugerah kepada tokoh pendidik, Sirhajwan Idek yang berjaya menempatka­n diri di peringkat antarabang­sa.
UNGGUL: Anwar menyampaik­an anugerah kepada tokoh pendidik, Sirhajwan Idek yang berjaya menempatka­n diri di peringkat antarabang­sa.
 ??  ?? TERKESAN:“Saya agak terkesan atas sokongan yang dizahirkan,” kata Anwar ketika berucap pada majlis itu.
TERKESAN:“Saya agak terkesan atas sokongan yang dizahirkan,” kata Anwar ketika berucap pada majlis itu.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Anwar memperliha­tkan keris yang dihadiahka­n sebagai cenderamat­a kepada beliau.
BERSEMANGA­T: Anwar memperliha­tkan keris yang dihadiahka­n sebagai cenderamat­a kepada beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia