Utusan Borneo (Sabah)

30 sertai program aktiviti santai berbusana dan bertanjak

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Seramai 30 orang menyertai Program Aktiviti Santai Berbusana dan Bertanjak sempena menyambut Hari Malaysia di Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim, di sini, baru-baru ini.

Program santai berbusana Melayu dan bertanjak itu telah dianjurkan oleh Tanjak Komuniti Putera Sim-Sim.

Ia merupakan satu inisiatif agar masyarakat Sandakan dapat mengenal dan mempelajar­i seni budaya dan busana orang Melayu yang indah.

Malah, tujuan aktiviti seumpama itu juga bagi memartabat­kan kesenian budaya Melayu iaitu Silat Melayu dan pengukuhan jati diri orang Melayu.

Majlis itu dihadiri oleh Pesilat Gayung al-Khalidi, Pertubuhan Guruh Rumah Hijau Sim-Sim, Epanco Malaysia, Waris Cucu Dato Naning dan warga Kampung Melayu Bumiputera Sim-Sim.

Penganjur yang juga pengasas Tanjak Komuniti Putera Sim Sim, Ustaz Mohd Isah Atom berkata program sedemikian adalah pertama kali diadakan di kampung itu sebagai simbolik pencarian identiti orang Melayu.

“Ia juga untuk menguat jati diri orang Melayu demi memartabat­kan Islam di negara tercinta bersempena sambutan Hari Malaysia, seterusnya menyatakan syukur kepada Allah SWT atas nikmat kemakmuran dan keamanan berbilang kaum dan agama,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Rahman Tajudin yang juga mewakili Pertubuhan alKhalidi berkata pengukuhan agama Islam melalui jati diri Melayu adalah dinanti-nantikan pada masa kini untuk Malaysia yang lebih progresif dan terus maju menuju wawasan akhirat.

Dalam penceritaa­n beliau yang merupakan Fello Penyelidik ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute) dalam program santai itu berkata, “Panji-panji hitam persilatan Melayu akan bangkit dari sebelah Timur iaitu Malaysia yang berpegang teguh pada akidah sahih.”

Konsep ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’ selagi berpegang kepada Islam berakidah ‘Ahli Sunnah Wal Jamaah’ telah diketengah­kan dalam bicara santai itu.

“Andai tiada siapa yang mengerti, andai tiada siapa yang peduli dan andai tiada siapa yang memahami simbolik ini, kami tetap berdiri sendiri walau hanya tinggal aku... ia menyatakan bahawa prinsip hidup untuk kelestaria­n akidah, syariat dan tasawwuf,” katanya.

Aktiviti santai berbusana dan bertanjak bermula dengan solat Zohor di Masjid Daerah Sandakan dan diakhiri dengan solat Asar berjemaah di Masjid Jamek Sandakan telah membuat bumi Sandakan bersinar dengan pesilat-pesilat Melayu yang berjati diri.

 ??  ?? PERSIDANGA­N SILAT: 30 orang menyertai Program Aktiviti Santai Berbusana dan Bertanjak menyatakan kesyukuran sempena Hari Malaysia.
PERSIDANGA­N SILAT: 30 orang menyertai Program Aktiviti Santai Berbusana dan Bertanjak menyatakan kesyukuran sempena Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia