Utusan Borneo (Sabah)

Warga Labuan diseru lipat gandakan usaha tambah baik daya saing

-

LABUAN: Rakyat Labuan diseru untuk melipatgan­dakan usaha bagi menambah baik daya saing melalui penggunaaa­n kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baharu berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata, berasaskan wawasan itu, usaha perlu dilipatgan­dakan demi kesaksamaa­n serta kesejahter­aan rakyat agar terus meningkat dan terjamin dalam dunia yang kompetitif ini.

“Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama yang dibentuk oleh kerajaan adalah untuk merealisas­ikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, bermaruah serta merdeka yang ia tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonia­n.

“Wawasan ini juga adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berterusan membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan keharmonia­n dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030.

“Ia selaras dengan Rangka Pembanguna­n Labuan 2030 yang menetapkan hala tuju transforma­si holistik pulau bebas cukai dengan memberikan tumpuan utama kepada pembanguna­n ekonomi, sosial dan pembanguna­n prasarana bagi menjadikan Labuan sebagai sebuah bandar pintar dan lestari,” katanya dalam Perutusan Hari Malaysia 2019.

Malaysia, katanya, melalui kisah perjalanan yang berwarna-warni iaitu bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapa­tan rendah sehingga menjadi negara perindustr­ian moden yang berpendapa­tan sederhana tinggi.

“Sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarka­n kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

“Labuan yang pada ketika itu di bawah pentadbira­n kerajaan negeri Sabah sehinggala­h diisytihar­kan sebagai Wilayah Persekutua­n pada 16 April 1984 yakni selepas 21 tahun penubuhan Malaysia, turut merasa kesan kemajuan dan pembanguna­n negara yang dicintai ini,” katanya.

Tambahnya, tahun 2019 merupakan masa yang paling sesuai untuk warga Labuan melaksanak­an tanggungja­wab besar dengan kata kesepakata­n yang tinggi, usaha gigih penuh iltizam dan semangat perpaduan yang kukuh demi menjadikan Malaysia sebagai negara maju sepenuhnya.

Sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan dihadiri Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad di Dataran Labuan, kelmarin.

Turut hadir ialah isteri Khalid, Dr Zaitun Abu Bakar, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato’ Sri Amir Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman.

 ??  ?? HADIR: Khalid (tiga kanan) dan Zaitun bersama Rozman, Amir (dua kiri) dan Fary (kanan) menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Dataran Labuan.
HADIR: Khalid (tiga kanan) dan Zaitun bersama Rozman, Amir (dua kiri) dan Fary (kanan) menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2019 Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Dataran Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia