Utusan Borneo (Sabah)

Hasnan dilantik pengerusi protem PBB Kampung Tengah Bekenu

-

MIRI: Hasnan Ahmad telah dipilih sebagai pengerusi protem bagi PBB Cawangan Kecil Kampung Tengah, yang diadakan di Balai Raya Kampung Tengah di Bekenu kelmarin.

Sementara itu, Awang Jaya Awang Bakar telah dilantik sebagai penolong pengerusi sambil Mohd Mohtar Suhaili dipilih sebagai setiausaha dan Rohaida Seman dipilih sebagai penolong setiausaha cawangan kecil yang baharu itu.

Turut dilantik ialah Anwar Pawi selaku bendahari manakala Awang Karta Awang Bakar dilantik sebagai penolong bendahari. Yusuf Juni pula dilantik sebagai ketua penerangan.

Cawangan Kecil PBB Kampung Tengah, Bekenu itu turut menyaksika­n beberapa ahli jawatankua­sa (AJK) kecil yang turut dilantik, seperti Azemi Lani, Romzie Bulat, Hamdan Hamit, Sulhi Ajis, Mohd Zaini Yahya, Seruji Bakar, Nor Azelina Abdullah, Jubaidah Alui, Nuriyah Abdul Rahman, Mohd Haazim Mohd Idris dan Mohd Nizam Safudin.

Dalam pada itu, Hasnan memberitah­u beliau dan ahli-ahli jawatankua­sa yang dilantik menerajui jawatankua­sa bagi merealisas­ikan penubuhan cawangan kecil PBB Kampung Tengah itu, akan bekerja keras untuk membantu parti dengan peranan mereka.

Sambil berterima kasih atas sokongan ramai terhadap pelantikan beliau, Hasnan juga berjanji akan membantu cawangan itu mengambil lebih ramai ahli menyertai parti itu, khasnya PBB Cawangan Kecil Kampung Tengah, Bekenu.

“Pada masa ini, kita sudahpun mempunyai seramai 158 ahli parti yang sudah berdaftar dengan cawangan ini dan berharap dapat meningkatk­an lagi jumlah tersebut, khususnya dalam kalangan anak muda di kampungkam­pung sekitar (dalam cawangan berkenaan),” tambahnya.

“Memandangk­an PBB Kampung Tengah ini sudahpun berdaftar, maka kita perlu bekerja keras dan menyokong kepimpinan kerajaan GPS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang juga presiden PBB,” katanya.

Hasnan berkata penduduk di kawasan Bekenu dan Kampung Tengah khususnya, sudah menyaksika­n sendiri pembanguna­n yang dibawa kerajaan GPS dan wakil rakyat mereka, iaitu Menteri Muda Keluarga, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus, yang seharusnya diberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi oleh ahli-ahli parti dan penduduk Bekenu, amnya.

Dalam pada itu, mesyuarat pelantikan ahli-ahli jawatankua­sa bagi PBB Cawangan Kecil Kampung Tengah, Bekenu itu turut disaksikan Ketua Wanita PBB N71 Kaunselor Hadijah Shiekh Kassim dan Ketua Penyelaras PBB Bekenu Ali Shiekh Kassim.

 ??  ?? BARISAN BAHARU: Hasnan (duduk, dua kanan) menerajui jawatankua­sa PBB Cawangan Kecil Kampung Tengah, Bekenu yang baharu dilantik. Turut kelihatan ialah dua pemerhati, Ali (duduk, tiga kanan) dan Hadijah (duduk, tiga kiri).
BARISAN BAHARU: Hasnan (duduk, dua kanan) menerajui jawatankua­sa PBB Cawangan Kecil Kampung Tengah, Bekenu yang baharu dilantik. Turut kelihatan ialah dua pemerhati, Ali (duduk, tiga kanan) dan Hadijah (duduk, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia