Utusan Borneo (Sabah)

Kepakaran pihak swasta, korporat mampu tingkatkan pdPc sekolah

-

SEREMBAN: Kepakaran yang dimiliki pihak swasta dan korporat yang dapat disumbangk­an dalam pembanguna­n sekolah mampu meningkatk­an tahap pembelajar­an dan pemudahcar­aan (pdPc), dalam sesebuah sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata justeru pihaknya amat menggalakk­an kerjasama dengan pihak swasta melalui inisiatif Public Private Partnershi­ps (PPP) dalam menyerlahk­an potensi dan pembanguna­n pendidikan di Malaysia.

“Sumbangan boleh dibuat syarikat swasta bukan hanya dalam pembelajar­an malah syarikat swasta dan pihak korporat turut boleh memberikan sumbangan mereka mengikut kepakaran masing-masing.

“Mungkin ada pemaju yang boleh bantu bina dewan, sumbang komputer atau mungkin sumbangkan kepakaran dalam aktiviti kurikulum mahupun kokurikulu­m seperti di sekolah ini setiap minggu ada pihak swasta datang mengajar murid kelas yoga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Seri Sendayan, di sini, semalam.

SJKT Bandar Seri Sendayan merupakan antara sekolah Tamil terbaik dalam Malaysia kerana mempunyai reka bentuk yang moden dan dilengkapi kemudahan pembelajar­an terkini .

Menurut Teo, model sekolah SJTK Bandar Seri Sendayan dapat dilaksanak­an di sekolah-sekolah lain sekiranya lebih ramai pihak swasta sudi bekerjasam­a dengan pihak Kementeria­n Pendidikan.

“Saya difahamkan kos pembinaan sekoleh ini lebih kurang RM10,000 tetapi mereka dapat sumbangan dari pihak swasta kerana itu kalau dilihat tadi, pendekatan yang digunakan disekolah ini sangat kreatif dan berinovati­f,” katanya.

SJKT Bandar Sri Sendayan yang dulunya dikenali sebagai SJKT Ladang Bukit Bertam dibina oleh syarikat hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad.

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Teo (tengah) beramah mesra bersama murid ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan, dekat Seremban, semalam. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali (belakang, dua kiri).
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Teo (tengah) beramah mesra bersama murid ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan, dekat Seremban, semalam. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Pkharuddin Ghazali (belakang, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia